TEKS BAHASA ARAB
حاككوا الباعة، فإنهم لا ذمة لهم.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Tawar-menawarlah kalian dengan para penjual, kerana sesungguhnya mereka itu tiada jaminan bagi mereka.
STATUS
Tiada asal baginya
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Mar’i Ibn Yusuf al-Karmi (m.1033H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah, di halaman 97, hadis nombor 68. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
لا أصل له.
وعن سفيان الثوري كان يقول: "ماكسوا الباعة فإنهم لا خلاق لهم".
(Hadis ini) tidak ada asal baginya. Daripada Sufyan al-Thauri ada berkata: Tawar-menawarlah dengan para penjual, kerana sesungguhnya mereka itu tidak ada kebaikan bagi mereka.
RUJUKAN
Mar‘ī bin Yūsuf Al-Karmī Al-Maqdisī. (1998). Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah (Muḥammad bin Luṭfī Al-Ṣabbāgh, Ed.). Dār Al-Warrāq.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.