TEKS BAHASA ARAB
يا أَيها الناس كأن الحق فيها غيرنا وجب وكأن الموت فيها على غيرنا كتب، وكأن الذين نشيع من الأموات سفر عما قليل إلينا عائدون نبوئهم أجداثهم ونأكل تراثهم كأنا مخلدون بعدهم قد نسينا كل واعظة وأمنا كل جائحة طوبى لمن شغله عيبه عن عيوب الناس وأنفق من مال اكتسبه من غير معصية وخالط أهل الفقه والحكمة وجانب أهل الذل والمعصية طوبى لمن ذل في نفسه وحسنت خليقته وأنفق لفضل من ماله وأمسك الفضل من قوله ووسعته السنة ولم يعدها إلى البدعة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Wahai manusia, seakan-akan kebenaran padanya telah diwajibkan kepada selain kita. Seolah-olah kematian di dunia telah ditetapkan kepada selain kita. Seakan-akan orang-orang mati yang kita iringi adalah suatu perjalanan. Sedikit sahaja yang kembali kepada kita.Kita persiapkan tempat untuk jenazah-jenazah mereka (dalam kubur), kita akan memakan harta peninggalan mereka seakan-akan kita kekal hidup selepas mereka. Kita telah lupa semua nasihat, kita merasa aman terhadap setiap bencana. Beruntunglah bagi orang yang sibuk terhadap keaiban dirinya sendiri berbanding keaiban-keaiban orang lain. Juga orang yang membelanjakan sebahagian harta yang dia usahakan tanpa jalan bukan maksiat. Juga orang yang bergaul dengan ahli fiqh dan ahli hikmah, orang yang menjauhi mereka yang hina dan pelaku maksiat. Beruntunglah kepada sesiapa yang merendahkan dirinya, baik akhlaknya, membelanjakan lebihan hartanya, menahan lebihan kata-katanya,dipermudahkan untuknya melakukan sudah dan tidak kembalikannya kepada bid’ah.
STATUS
Sangat Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 73-74, hadis nombor 57. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
ضعيف جدا.
أخرجه ابن حبان في المجروحين (1/ 97) وابن عدي في الكامل (1/ 375) ومن طريقه ابن الجوزي في الموضوعات (3/ 178) والقضاعي في مسند الشهاب (614) من طريق أبان بن أبي عياش عن أنس قال: خطبنا رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم على ناقته الجدعاء، فقال في خطبته فذكره. قال ابن حبان: هذا الحديث سمعه أبان من الحسن، فجعله عن أنس، وهو لا يعلم. وقال ابن الجوزي: هذا حديث لا يصح عن رسول الله صلى الله عليه وسلم ففي إسناده أبان، وهو متروك. وقد ذكرنا عن شعبة أنه قال: لأن أزني أحب إلي من أن أحدث عن أبان.
قلت: قد توبع أبان عليه، تابعه محمد بن المنكدر عن أنس مرفوعا به. أخرجه البزار (ج 4/ رقم 3225) وابن حبان في المجروحين (3/ 50) وابن عدي (7/ 2543) من طريق الوليد بن المهلب عن النضر بن محرز عن محمد بن المنكدر. وأخرجه الأزدي في الضعفاء ومن طريقه ابن الجوزي (3/ 179) من طريق الوليد بن المهلب عن النضر بن محرز عن محمد بن المنكدر عن جابر فذكره. ولا أدري هل هذا خطأ من النسخة أم هو مروي عن جابر بنفس السند إلى أنس؟ ولعل الأول أقرب.
قال البزار: لا نعلمه يروي بهذا اللفظ عن أنس إلا من هذا الوجه، ووجه آخر ضعيف. قلت: وهذا سند واه. الوليد بن مهلب، قال في الميزان : عن النضر بن محرز، لا يعرف، وله ما ينكر . والنضر بن محرز لا يعرف وله ما ينكر والنضر بن محرز. قال ابن حبان: منكر الحديث جدا، لا يجوز الاحتجاج به. وقال الذهبي: مجهول. وأورد له السيوطي في اللآلئ (2/ 358- 359) طرقا أخرى منها عن أنس وعن غيره وكلها ساقطة منها عند الحكيم الترمذي في نوادر الأصول وفي سنده زكريا بن حازم الشيباني. قال ابن عراق في تنزيه الشريعة (2/ 341) : لم أعرفه. وأخرجه القاسم بن الفضل الثقفي في الأربعين من حديث أبي أمامة وفي سنده فضال بن جبير. قال فيه ابن حبان: يروي عن أبي أمامة ما ليس من حديثه لا يحل الاحتجاج به بحال. وقال ابن عدي: له عن أبي أمامة قدر عشرة أحاديث كلها غير محفوظة.
وأخرجه أبو نعيم في الحلية (3/ 202- 203) من حديث الحسين بن علي رضي الله عنهما وقال: هذا حديث غريب من حديث العترة الطيبة، لم نسمعه إلا من القاضي الحافظ. والحاصل أن هذا الحديث ليس له وجه يعتد به، وهو باطل عن النبي صلى الله عليه وآله وسلم، وهو يشبه مواعظ الحسن البصري رحمه الله، فلعله اختلط على أبان بن أبي عياش كما وقع في كلام ابن حبان، وسرقة منه قوم ونوعوا في أسانيد. والله أعلم.
Dha’if Jiddan (sangat lemah). Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh Ibn Hibban dalam al-Majruhin (1/97), Ibn ‘Adi dalam al-Kamil (1/375), juga oleh Ibn al-Jawzi dalam al-Mawdhu’at (3/178) melalui Ibn ‘Adi, al-Qudha’ei dalam Musnad al-Shihab (614) melalui sanad Aban bin Abi ‘Iyash daripada Anas, katanya: Rasulullah SAW menyampaikan khutbah kepada kami di atas unta Baginda SAW yang bernama Jad’a. Baginda SAW bersabda dalam khutbah tersebut, Baginda SAW pun menyebutkan hadith tersebut. Ibn Hibban berkata: "Hadith ini telah didengari oleh Aban daripada al-Hasan, lalu beliau jadikannya daripada Anas dalam keadaaan beliau tidak ketahui". Ibn al-Jawzi berkata: "Ini adalah hadith yang tidak sahih daripada Rasulullah SAW, kerana dalam sanadnya terdappat Aban, beliau seorang yang Matruk. Telah kami sebutkan daripada Syu’bah bahawa beliau berkata: ‘Sekiranya aku berzina, lebih aku sukai berbanding aku meriwayatkan hadith daripada Aban’.
Saya berkata: Riwayat Aban ada sokongan. Ianya telah disokong oleh Muhammad bin al-Munkadir daripada Anas secara marfu’ hadith tersebut. Ianya telah dikeluarkan oleh al-Bazzar (juz 4/hadith : 3225), Ibn Hibban dalam al-Majruhin (3/50), dan Ibn ‘Adi (7/2543) melalui sanad al-Walid bin al-Muhallab daripada al-Nadhr bin Mihriz daripada Muhammad bin al-Munkadir. Juga dikeluarkan oleh al-Azdi dalam al-Dhu’afa’, serta oleh Ibn al-Jawzi (3/179) melalui al-Azdi, daripada sanad al-Walid bin al-Muhallab daripada al-Nadhr bin mihriz daripada Muhammad bin al-Munkadir daripada Jabir, lalu beliau menyebutkan hadith tersebut. Saya tidak tahu adakah ini merupakan suatu kesilapan berpunca daripada naskhah atau ianya turut diriwayatkan daripada Jabir dengan sanad yang sama kepada Anas? Berkemungkinan yang pertama adalah yang lebih tepat.
Al-Bazzar berkata: "Tidak kami ketahuinya diriwayatkan dengan lafaz ini daripada Anas selain daripada sanad ini. Satu sanad lain pula adalah dha’if". Saya berkata: Sanad ini Wahin (Terlalu Dha’if). Al-Walid bin al-Muhallab, al-Zahabi berkata dalam al-Mizan: "Beliau meriwayatkan daripada al-Nadhr bin Mihriz, beliau tidak dikenali. Beliau memiliki hadith yang dinilai munkar". Al-Nadhr bin Mihriz pula tidak dikenali juga, dan beliau juga mempunyai hadith yang dinilai munkar. Ibn Hibban berkata berkenaan al-Nadhr bin Mihriz: "Munkar al-Hadith Jiddan, tidak harus berhujjah dengan riwayat beliau". Al-Zahabi berkata: "Beliau seorang yang majhul. Al—Suyuti memasukkan hadithnya dalam al-La’ali (2/358-359) melalui beberapa sanad lain, antaranya daripada Anas dan lain-lain. Kesemua sanadnya adalah Saqit (gugur kelayakan berhujjah), sebahagian dalam riwayat al-Hakim al-Tirmizi dalam Nawaadir al-Usul, juga dalam sanadnya terdapat Zakariya bin Hazim al-Shaibani. Ibn ‘Arraq berkata dalam Tanzih al-Shari’ah (2/341): "Saya tidak mengenali beliau".
Hadith tersebut turut dikeluarkan oleh al-Qasim bin al-Fadhl al-Thaqafi dalam al-Arba’in melalui hadith Abu Umamah. Namun, dalam sanadnya terdapat Fudhalah bin Jubair. Ibn Hibban berkata berkenaan Fudhalah: "Beliau meriwayatkan daripada Abu Umamah riwayat yang bukan daripada hadithnya Abu Umamah, tidak harus berhujjah dengan riwayat beliau dalam apapun keadaan". Ibn ‘Adi pula berkata: "Beliau memiliki hadith daripada Abu Umamah dengan kadar 10 hadith, kesemuanya tidak mahfuz". Abu Nu’aim dalam al-Hilyah (3/202-203) turut mengeluarkan hadith tersebut melalui hadith al-Husain bin ‘Ali RA, kata Abu Nu’aim: "Ini adalah hadith yang gharib melalui hadith keluarga Baginda SAW yang mulia. Tidak pernah kami dengannya melainkan melalui al-Qadhi al-Hafiz".
Kesimpulannya, hadith ini tidak ada satu pun sanad yang boleh dipegang. Ianya hadith yang batil daripada Nabi SAW, bahkan ianya mirip kepada nasihat-nasihat al-Hasan al-Basri r.h. Berkemungkinan berlaku kecelaruan pada Aban bin Abi ‘Iyyash sebagaimana tersebut dalam kalam Ibn Hibban, lalu dicuri sanad tersebut daripada Aban dan mereka mempelbagaikan sanad-sanadnya. Wallahua’lam.
RUJUKAN
Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.