Sesungguhnya perjanjian pertama yang dibuat kepadaTuhanku dan yang pertama dilarang kepadaku setelah penyembahan berhala

TEKS BAHASA ARAB

إن أول ما عهد إلى ربي ونهاني عنه بعد عبادة الأوثان وشرب الخمر ملاحاة الرجال.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya perjanjian pertama yang dibuat kepada Tuhanku dan yang pertama dilarang kepadaku setelah penyembahan berhala dan meminum arak adalah perbalahan para lelaki.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 77, hadis nombor 61. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ضعيف.
أخرجه ابن أبي الدنيا في الصمت (ج ١/ ق ١٥/ ٢) وكذا الطبراني في الكبير (ج ٢٣/ رقم ٥٠٥) والبيهقي (١٠/ ١٩٤) من طريق أبي عقيل، يحيى بن المتوكل عن إسماعيل بن رافع عن ابن أم سلمة عن أم سلمة مرفوعاً به.
قلت: ويحيى بن المتوكل ضعيف عند الجمهور كما قال الهيثمي في المجمع (٥/ ٥٣- ٨/ ٢٧). وقد اختلف عليه في إسناده. فأخرجه الطبراني (ج ٢٣/ رقم ٥٥٢) من طريق عبد الله بن داود الواسطي، ثنا يحيى بن المتوكل عن إسماعيل بن مسلم، عن الزهري، عن أبي سلمة، عن أم سلمة مرفوعاً به فصار شيخ يحيى بن المتوكل هو: إسماعيل بن مسلم المكي. والجمهور على تضعيفه أيضاً. والحاصل أن الحديث ضعيف من الوجهين. والله أعلم. وقال الحافظ العراقي في المغني (٣/ ١١٦) وسنده ضعيف.

Dha’if (lemah). Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh Ibn Abi al-Dunya dalam al-Sumt (juz 1/hlm. 15/2), demikian juga al-Tabarani dalam al-Kabir (juz 23/hadith : 505) dan al-Baihaqi (10/194) melalui sanad Abu ‘Aqil Yahya bin al-Mutawakkil daripada Isma’il bin Rafi’ daripada Ummu Salamah secara marfu’ dengan hadith tersebut.
Saya berkata: Yahya bin al-Mutawakkil seorang yang dha’if di sisi majoriti ulama sebagaimana disebutkan oleh al-Haythami (5/53-8/27). Berlaku perbezaan terhadap beliau dalam sanadnya. Al-Tabarani telah mengeluarkannya (juz 23/hadith no 552) melalui sanad Abd Allah bin Daud al-Wasiti, katanya Yahya bin al-Mutawakkil telah menceritakan kepada kami daripada Isma’il bin Muslim daripada al-Zuhri daripada Abu Salamah daripada Ummu Salamah secara marfu’. Lalu, guru kepada Yahya bin al-Mutawakkil adalah Isma’il bin Muslim al-Makkin. Majoriti ulama menilainya dha’if juga. Kesimpulannya, hadith tersebut adalah dha’f melalui kedua-dua sanad tersebut. Wallahua’lam. Al-Hafiz al-‘Iraqi berkata dalam al-Mughni (3/116): "Sanadnya dha’if".

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs