Sesiapa yang banyak percakapannya, maka banyak jugalah kegelincirannya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من كثر كلامه كثر سقطه ومن كثر سقطه كثرت ذنوبه ومن كثرت ذنوبه، فالنار أولى به، ومن كان يؤمن بالله واليوم الآخر فليقل خيرا أو ليصمت.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang banyak percakapannya, maka banyak jugalah kegelincirannya. Sesiapa yang banyak kegelincirannya, maka banyak jugalah dosanya. Sesiapa yang banyak dosanya, maka neraka lebih layak untuknya. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan pada hari Akhirat, maka ucapkanlah perkara baik ataupun diam.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 75, hadis nombor 58. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

منكر بهذا التمام.
أخرجه العقيلي في الضعفاء (3/ 384) وابن عدي (5/ 1676) وأبو نعيم في الحلية (3/ 74) من طريق عيسى بن موسى قال: ثنا عمر بن راشد، عن يحيى بن أبي كثير، عن نافع، عن أبن عمر مرفوعا فذكره.
قلت: وهذا سند واه. عيسى بن موسى مجهول كما قال العقيلي. وعمر بن راشد. قال النسائي: ليس بثقة. وضعفه أحمد وابن معين وغيرهما. ولكن تابعه عمر بن صبح عن يحيى بن أبي كثير به. أخرجه الدولابي فيالكنى (2/ 138- 139) من طريق النسائي ونقل عنه قوله: هذا حديث منكر، وعمر بن صبح ليس بثقة . قال العقيلي: إن كان هذا عمر بن راشد فهو ضعيف، وإن كان غيره فمجهول وأول الحديث معروف من قول عمر وآخره يروي بإسناد جيد بغير هذا الإسناد. أ. هـ‍. قلت: أما أول الكلام، فقد روي عن عمر من قوله كما قال العقيلي. أخرجه القضاعي في مسند الشهاب (1/ 238) من طريق حجاج بن نصير، نا صالح المري عن مالك بن دينار عن الأحنف بن قيس قال: قال لي عمر: يا أحنف! من كثر ضحكه، قلت هيبته، ومن فرح استخف به. ومن أكثر من شيء عرف به ومن كثر كلامه كثر سقطه، ومن كثر سقطه قل حياؤه. ومن قل حياؤه قل ورعه، ومن قل ورعه مات قلبه . قلت: وسنده واه. حجاج بن نصير ليس بثقة، وصالح المري ضعيف. ولكنهما توبعا. فأخرجه ابن أبي الدنيا في الصمت (ج 1/ ق 7/ 2) قال: حدثني أحمد بن عبيد التميمي، حدثنا عبيد الله بن محمد التميمي، حدثنا دريد بن مجاشع، عن غالب القطان، عن مالك بن دينار، عن الأحنف عن عمر فذكره مقتصرا على قوله: من كثر كلامه كثر سقطه. قلت: أما شيخ ابن أبي الدنيا فلم أهتد إليه، ولم يذكره المزي في شيوخ ابن أبي الدنيا في تهذيب الكمال (ج2/ لوحة 736) ، فلا أدري هل تصحف أم لا؟ ودريد بن مجاشع. قال الهيثمي (10/302) : لم أعرفه. فلا يصح أيضا عن عمر. والله أعلم.
أما آخر الحديث، فقد صح من حديث أبي هريرة مرفوعا: من كان يؤمن بالله واليوم الآخر فلا يؤذي جاره ومن كان يؤمن بالله واليوم الآخر فليكرم ضيفه ومن كان يؤمن بالله واليوم الآخر فليقل خيرا أو ليسكت. أخرجه البخاري (10/ 245، 532- فتح) ومسلم (1/ 68) وأحمد (2/ 267) وابن أبي الدنيا في الصمت (ج 1/ ق 6/ 2- ج 4/ ق 55/ 1- 2) ، والبيهقي (8/ 164) والبغوي في شرح السنة (9/ 162) . وله شاهد من حديث أبي شريح. أخرجه البخاري (10/ 531- فتح) ومسلم (1/ 69- عبد الباقي) ، والخطيب (11/ 139) وآخرون.

Munkar dengan lafaz yang lengkap. Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh al-‘Uqaili dalam al-Dhu’afa’ (3/384), Ibn ‘Adi (5/1676), dan Abu Nu’aim dalam al-Hilyah (3/74) melalui sanad ‘Isa bin Musa, katanya ‘Umar bin Rashid telah menceritakan kepada kami daripada Yahya bin Abi Kathir daripada Nafi’ daripada Ibn ‘Umar secara marfu’, lalu beliau menyebutkannya.
Saya berkata: Ini adalah sanad yang Wahin (terlalu dha’if), ‘Isa bin Musa seorang yang majhul sebagaimana disebutkan oleh al-‘Uqaili. ‘Umar bin Rashid pula, al-Nasa’ei berkata: "Beliau tidak thiqah". Ahmad, Ibn Ma’in dan lain-lain telah menilai beliau sebagai dha’if. Namun, beliau telah disokong oleh ‘Umar bin Subh daripada Yahya bin Abi Kathir dengan sanad tersebut. Ianya telah dikeluarkan oleh al-Dawlabi dalam al-Kuna (2/138-139) melalui sanad al-Nasa’ei dan beliau menukilkan daripada al-Nasa’ei, kata beliau: "Ini adalah hadith yang munkar, ‘Umar bin Subh tidak thiqah". Al-‘Uqaili berkata: "Jika perawi ini adalah ‘Umar bin Rashid, maka beliau seorang yang dha’if. Jika ianya bukan beliau, maka ianya majhul. Bahagian awal hadith tersebut diketahui melalui kata-kata ‘Umar dan bahagian akhirnya pula ada diriwayatkan dengan sanad yang jayyid, bukan melalui sanad ini".
Saya berkata: Adapun bahagian awal ungkapan tersebut, ianya telah diriwayatkan daripada ‘Umar melalui kata-kata beliau sebagaimana yang telah disebutkan oleh al-‘Uqaili. Ianya telah dikeluarkan oleh al-Qudha’ei dalam Musnad al-Shihab (1/238) melalui sanad Hajjaj bin Nusair, katanya Soleh al-Murri telah menceritakan kepada kami daripada Malik Ibn Dinar daripada al-Ahnaf bin Qais, katanya: ‘Umar pernah berkata kepadaku: "Wahai Ahnaf! Sesiapa yang banyak ketawanya, maka sedikitlah kehebatannya, sesiapa yang bersuka ria, maka dia akan dipandang rendah, sesiapa yang lebih banyak menumpukan terhadap sesuatu, maka dia kenali dengan perkara tersebut, sesiapa yang banyak perbicarannya, maka banyak jugalah kegelincirannya, sesiapa yang banyak kegelincirannya, maka sedikitlah malunya, sesiapa yang sedikit malunya, maka sedikitlah wara’nya, sesiapa yang sedikit wara’nya, maka matilah hatinya".
Saya berkata: Sanadnya Wahin (terlalu dha’if). Hajjaj bin Nusair seorang yang tidak thiqah. Manakala, Soleh al-Murri pula seorang yang dha’if. Namun, kedua-dua riwayat mereka ada sokongan. Ianya telah dikeluarkan oleh Ibn Abi al-Dunya dalam al-Sumt (juz 1/hlm. 7/2), katanya: Ahmad bin ‘Ubaid al-Tamimi telah menceritakan kepada kami, katanya ‘Ubaidullah bin Muhammad al-Tamimi telah menceritakan kepada kami, katanya Duraid Ibn Mujashi’ telah menceritakan kepada kami daripada Ghalib al-Qattan daripada Malik bin Dinar daripada al-Ahnaf daripada ‘Umar, lalu beliau menyebutkannya secara ringkas kata-katanya: "Sesiapa yang banyak perbicaraannya, maka banyak jugalah kegelincirannya".
Saya berkata: Ada pun guru kepada Ibn Abi al-Dunya saya tidak menjumpainya. Al-Mizzi juga tidak menyenaraikannya dalam kalangan para guru Ibn Abi al-Dunya dalam Tahzib al-Kamal (juz 2/ lembaran 736). Saya tidak mengetahui samada berlaku kesilapan ejaan ataupun tidak. Duraid bin Mujashi’ pula, al-Haythami (10/302) berkata: "Aku tidak mengenalinya".Oleh itu, riwayat daripada ‘Umar juga tidak sahih. Wallahua’lam.
Manakala, bahagian akhir hadith tersebut, ianya sahih daripada hadith Abu Hurairah secara marfu’: "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, maka janganlah dia menyakiti jirannya. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya. Dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, maka hendaklah dia berkata perkara yang baik ataupun hendaklah dia diam". Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh al-Bukhari (10/245. 532 – Fath), Muslim (1/68), Ahmad (2/267), Ibn Abi al-Dunya dalam al-Sumt (juz 1/hlm. 6/2 – juz 4/hlm. 55/1-2), al-Baihaqi (8/164) dan al-Baghawi dalam Syarh al-Sunnah (9/162). Hadith tersebut ada sokongan melalui hadith Abu Shuraih. Ianya telah dikeluarkan oleh al-Bukhari (10/531 – Fath), Muslim (69 – ‘Abdul Baqi), al-Khatib (11/139) dan lain-lain.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.