Wahai bumi, Tuhanku dan juga Tuhanmu adalah Allah

TEKS BAHASA ARAB

كان إذا سافر فأقبل الليل قال: يا أرض ربي وربك الله أعوذ بالله من شرك وشر ما فيك وشر ما خلق فيك ومن شر ما يدب عليك وأعوذ بالله من أسد وأسود ومن الحية والعقرب ومن ساكن البلد ومن والد وما ولد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila baginda SAW bermusafir kemudian waktu malam menjelma, baginda bersabda: Wahai bumi, Tuhanku dan juga Tuhanmu ialah Allah. Aku berlindung dengan Allah daripada keburukanmu, keburukan apa yang berada padamu, keburukan apa yang diciptakan padamu, dan keburukan apa yang melata di atasmu. Aku juga berlindung dengan Allah daripada singa dan hitam, juga daripada ular dan kala jengking, Aku juga berlindung dengan Allah daripada penghuni negeri ini, dan daripada yang melahirkan dan apa yang dilahirkan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1004-1005, hadis nombor 5174. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الله بن عمر بن الخطاب رضي الله عنهما قال: كان ﷺ إذا سافر فأقبل الليل قال: يا أرض ربي وربك الله أعوذ بالله من شرك وشر ما فيك وشر ما خلق فيك ومن شر ما يدب عليك وأعوذ بالله من أسد وأسود ومن الحية والعقرب ومن ساكن البلد ومن والد وما ولد. [ن في عمل اليوم والليلة، د، ابن خزيمة، البغوي، حم، الضعيفة (4837)].

(Lemah) Daripada Abdullah bin Umar bin al-Khattab RA, beliau berkata: Apabila baginda SAW bermusafir kemudian waktu malam menjelma, baginda bersabda: Wahai bumi, Tuhanku dan juga Tuhanmu ialah Allah. Aku berlindung dengan Allah daripada keburukanmu, keburukan apa yang berada padamu, keburukan apa yang diciptakan padamu, dan keburukan apa yang melata di atasmu. Aku juga berlindung dengan Allah daripada singa dan hitam, juga daripada ular dan kala jengking, Aku juga berlindung dengan Allah daripada penghuni negeri ini, dan daripada yang melahirkan dan apa yang dilahirkan. [Riwayat al-Nasa'i dalam 'Amal al-Yaum wa al-Lailah, Sunan Abi Daud, Ibn al-Khuzaimah, al-Baghawi, dan Musnad Ahmad. Lihat Silsilah al-Dhai’fah no. 4837].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs