Sesungguhnya perempuan yang cemburu itu tidak dapat melihat dasar lembah sekalipun dia melihat daripada puncaknya

TEKS BAHASA ARAB

إن الغيرى لا تبصر أسفل الوادي من أعلاه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya perempuan yang cemburu itu tidak dapat melihat dasar lembah sekalipun dia melihat daripada puncaknya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1004, hadis nombor 5173. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عائشة رضي الله عنها – أنها قالت: وكان متاعي فيه خفة وكان على جمل ناج وكان متاع صفية فيه ثقل وكان على جمل ثفال بطىء يتبطأ بالركب فقال رسول الله ﷺ: حولوا متاع عائشة على جمل صفية، وحولوا متاع صفية على جمل عائشة حتى يمضي الركب. قالت عائشة: فلما رأيت ذلك قلت: يا عباد الله! غلبتنا هذه اليهودية على رسول الله ﷺ، قالت: فقال رسول الله ﷺ: يا أم عبد الله! إن متاعك كان فيه خف وكان متاع صفية فيه ثقل فأبطأنا الركب فحولنا متاعها على بعيرك وحولنا متاعك على بعيرها، قالت: فقلت: ألست تزعم أنك رسول الله؟ قالت: فتبسم قال: أوفي شك أنت يا أم عبد الله؟ قالت: قلت: ألست تزعم أنك رسول الله؟ فهلا عدلت؟ وسمعني أبو بكر وكان فيه غرب أي: حدة فأقبل علي فلطم وجهي فقال رسول الله ﷺ: مهلا يا أبا بكر فقال: يا رسول الله! أما سمعت ما قالت؟ فقال رسول الله ﷺ: إن الغيرى لا تبصر أسفل الوادي من أعلاه. [حم، الحراني في الفوائد، هب، الأصبهاني، الضعيفة (2985، 4967)].

(Lemah) Daripada Aisyah RA, beliau berkata: Suatu ketika barang milikku adalah ringan dan ia berada di atas unta yang laju. Manakala barang milik Safiyyah pula adalah berat, dan ia berada di atas unta yang perlahan lagi lambat, memperlambatkan rombongan. Lalu Rasulullah SAW bersabda: Tukarkan barang ‘Aishah ke atas unta Safiyyah, dan tukarkan barang Safiyyah ke atas unta ‘Aishah agar rombongan boleh meneruskan (perjalanan). ‘Aishah berkata: Ketika mana aku melihat perkara tersebut, aku berkata: “Wahai sekalian hamba Allah, perempuan Yahudi ini telah menguasai kita mengatasi Rasulullah SAW. ‘Aishah berkata: Rasulullah SAW pun bersabda: Wahai Ummu Abdullah! Barangmu adalah ringan, dan barang Safiyyah pula adalah berat, jadi ia melambatkan kita dengan rombongan. Maka kita tukar barang miliknya ke atas untamu, dan kita tukar barangmu ke atas untanya. ‘Aishah berkata: Maka aku membalas: Bukankah kamu menganggap bahawa kamu adalah utusan Allah?. ‘Aishah berkata: Lalu baginda tersenyum, kemudian bersabda: Atau kamu dalam keraguan wahai Ummu Abdullah?. ‘Aishah berkata: Aku berkata: Bukankah kamu menganggap bahawa kamu adalah utusan Allah? Maka kenapa kamu tidak berlaku adil? Abu Bakar mendengar ucapanku, dan dia naik berang, iaitu: marah. Lalu dia menuju kepadaku dan menampar wajahku. Rasulullah SAW lalu bersabda: Bertenang wahai Abu Bakar. Lalu dia berkata: Wahai Rasulullah! Adakah kamu tidak mendengar apa yang dia ucapkan? Maka Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya perempuan yang cemburu itu tidak dapat melihat dasar lembah sekalipun dia melihat daripada puncaknya. [Riwayat Musnad Ahmad, al-Harrani dalam al-Fawaid, al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman, dan al-Asbahani. Lihat Silsilah al-Dhai’fah no. 2985, 4967].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs