Sesiapa yang membantu seorang pejuang di jalan Allah

TEKS BAHASA ARAB

من أعان مجاهداً في سبيل الله أو غارماً في عسرته أو مكاتباً في رقبته أظله الله في ظله يوم لا ظل إلا ظله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang membantu seorang pejuang di jalan Allah, atau seorang penghutang ketika kesusahannya, atau seorang hamba Mukatab dalam perhambaannya (untuk merdeka), Allah akan menaunginya dalam naungan-Nya pada hari di mana tiada naungan melainkan naungan-Nya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1005, hadis nombor 5175. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن سهل بن حنيف رضي الله عنه مرفوعا: من أعان مجاهدا في سبيل الله أو غارما في عسرته أو مكاتبا في رقبته أظله الله في ظله يوم لا ظل إلا ظله. [حم، ش، عبد بن حميد، الضعيفة (4555)].

(Lemah) Daripada Sahl bin Hunaif RA, beliau meriwayatkan secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang membantu seorang pejuang di jalan Allah, atau seorang penghutang ketika kesusahannya, atau seorang hamba Mukatab dalam perhambaannya (untuk merdeka), Allah akan menaunginya dalam naungan-Nya pada hari di mana tiada naungan melainkan naungan-Nya. [Riwayat Musnad Ahmad, Musannaf Ibn Abi Syaibah, dan 'Abd Bin Humaid. Lihat Silsilah al-Dha'ifah no. 4555].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs