Wahai bapa saudara, ucapkan tiada Tuhan yang layak disembah selain Allah, kalimah yang akan membolehkan aku memohon syafaat untuk kamu

TEKS BAHASA ARAB

لما أتى رسول الله صلى الله عليه وسلم أبا طالب في مرضه قال له: يا عم قل لا إله إلا الله كلمة أستحل بها لك الشفاعة. قال: يا ابن أخي والله لولا أن تكون سبة علي وعلى أهلي من بعدي، يرون أني قلتها جزعا من الموت لقلتها لا أقولها إلا لأسرك بها. فلما ثقل أبو طالب رؤي يحرك شفتيه فأصغى إليه العباس فسمع قوله، فرفع رأسه عنه فقال: قد قال والله الكلمة التي سألته عنها. فقال النبي صلى الله عليه وآله وسلم: لم أسمع.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ketika Rasulullah SAW datang menemui Abu Talib sewaktu beliau sakit, Baginda bersabda kepadanya: Wahai bapa saudara, ucapkan tiada Tuhan yang layak disembah selain Allah, kalimah yang akan membolehkan aku memohon syafaat untuk kamu. Abu Talib menjawab: Wahai anak saudaraku, demi Allah, jika tidak menjadi celaan kepadaku dan juga kepada keluargaku setelah kematianku kerana mereka melihat aku menyebutnya sewaktu nazak, pasti aku akan ucapkannya. Aku tidak mengucapkannya melainkan agar engkau merasa gembira. Apabila situasi Abu Talib makin parah, kedua bibirnya dilihat bergerak. Lalu al-‘Abbas mendekatinya dan mendengar Abu Talib mengucapkannya. Lantas al-Abbas mengangkat kepalanya sambil berkata: Demi Allah, dia telah mengucapkan perkataan yang kamu minta dia ucapkan. Nabi SAW bersabda : Saya tidak mendengarnya.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 183-191, hadis nombor 162. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

باطل بهذا السياق.
أخرجه ابن إسحاق في السيرة قال: حدثني العباس بن عبد الله بن معبد عن بعض أهله عن ابن عباس فذكره. ومن طريقه أخرجه البيهقي في الدلائل (2/ 346) .
قلت: وهذا سند ضعيف لأجل الذي لم يسم أما الحديث فهو باطل بهذا التمام. فإن أبا طالب مات كافراً بنص الأحاديث الصحيحة كما يأتي أن شاء الله تعالى. ثم رأيت الحافظ ابن كثير قال في السيرة النبوية (2/ 125) : إن في السند مبهم لا يعرف حإله وهو قوله: عن بعض أهله وهذا إبهام في الاسم والحال ومثله يتوقف فيه لو انفرد أهـ‍وقال البيهقي: هذا إسناد منقطع ولم يكن أسلم العباس في ذلك الوقت أهـ‍.

Batil dengan lafaz ini. Hadith tersebut telah diriwayatkan oleh Ibn Ishaq dalam al-Sirah. Beliau berkata : al-‘Abbas bin Abd Allah bin Ma’bad telah menceritakan kepada saya daripada sebahagian ahli keluarganya daripada Ibn ‘Abbas, lalu beliau menyebutkannya. Hadith ini juga diriwayatkan oleh al-Baihaqi dalam al-Dala’il (2/346) melalui Ibn Ishaq.
Saya berkata: Sanad ini dha’if disebabkan oleh perawi yang tidak disebutkan namanya. Manakala, hadith tersebut pula batil dengan lafaz lengkap seperti ini. Ini kerana, Abu Talib telah meninggal dunia dalam keadaan kafir berdasarkan nas hadith-hadith sanih sebagaimana akan disebutkan nanti. Insya Allah. Kemudian saya melihat al-Hafiz Ibn Kathir menyebutkan dalam al-Sirah al-Nabawiyyah (2/125): "Sesungguhnya pada sanad tersebut terdapat perawi yang mubham, tidak diketahui statusnya, iaitu kata perawi: Daripada sebahagian ahli keluarganya. Ini adalah kesamaran yang berlaku pada nama dan juga statusnya. Perawi seperti ini dihentikan (penerimaannya) jika dia bersendirian’. Al-Baihaqi pula berkata: "Ini adalah sanad yang terputus, al-‘Abbas belum memeluk Islam lagi pada waktu tersebut”.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs