Jika Allah memberikan hidayah seseorang dengan usaha kedua tanganmu

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

لأن يهدي الله على يديك رجلا خير لك مما طلعت عليه الشمس.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika Allah memberikan hidayah seseorang dengan usaha kedua tanganmu, maka itu lebih baik bagimu dari tempat manapun yang matahari terbit di atasnya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1258, hadis nombor 6425. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي رافع رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم لعلي: لأن يهدي الله على يديك رجلا خير لك مما طلعت عليه الشمس.
[طب، ك، ((الضعيفة)) (2950)].

(Lemah)
Daripada Abu Rafi’ RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda kepada ‘Ali: Jika Allah memberikan hidayah seseorang dengan usaha kedua tanganmu, maka itu lebih baik bagimu dari tempat manapun yang matahari terbit di atasnya.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir, al-Hakim. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2950]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.