Janganlah kamu mencela kutu-kutu

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

لا تسبوا البراغيث فنعم الدابة توقظكم لذكر الله. قال علي: فبتنا تلك الليلة متهجدين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Janganlah kamu mencela kutu-kutu kerana ia adalah sebaik-baik binatang yang merayap. Ia mengejutkan kamu untuk mengingati Allah. ‘Ali berkata: Malam itu kami bermalam sebagai orang yang bertahajud.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 207-209, hadis nombor 166. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ضعيف.
أخرجه الطبراني في الأوسط كما في المجمع (8/ 78) والعقيلي في الضعفاء (ق 80/ 1) ومن طريقه ابن الجوزي في الواهيات (2/ 713) من طريق سعد بن طريف عن الأصبغ بن نباتة عن علي بن أبي طالب قال: بينما نحن مع رسول الله صلى الله عليه وسلم فآذتنا البراغيث فسببناها فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم : لا تسبوا…الحديث. قال العقيلي: لا يثبت عن النبي صلى الله عليه وسلم في البراغيث شيء.
قلت: وهذا السند ساقط جدا. وسعد بن طريف تالف، وقد أجمعوا على ضعفه الإعراض عن حديثه. بل اتهمه ابن حبان بالوضع. والأصبغ بن نباتة مثله أيضا. قال ابن معين: ليس بثقة. وتركه النسائي وابن حبان. بل كذبه أبو بكر بن عياش. وله شاهد حديث أنس رضي الله عنه هو خير من الأول لكنه منكر. أخرجه البخاري في الأدب المفرد (1237) والبزار (2/ 434) وأبو يعلى في مسنده (ج5/ رقم 2959) والطبراني في الأوسط كما في المجمع (8/ 77) والحكيم الترمذي في نوادر الأصول (70/2) والعقيلي في الضعفاء (ق 87/2) وابن عدي في الكامل (3/1257- 1258) وابن حبان في المجروحين (1/ 350) والسلمي في طبقات الصوفية (ص – 181) من طريق سويد بن إبراهيم أبي حاتم عن قتادة عن أنس أن رجلا سب برغوثا عند النبي صلى الله عليه وسلم فقال: لا تسبه فإنه أيقظ نبيا من الأنبياء للصلاة. قال العقيلي: لا يصح في البراغيث عن النبي صلى الله عليه وسلم شيء.
قلت: وسند هذا الحديث ضعيف. وعلته سويد بن إبراهيم. قال الساجي: حدث عن قتادة بحديث منكر. فلعله يعني هذا. وقال ابن عدي: حديثه في قتادة ليس بذاك. وقال ابن معين والبزار: لا بأس به. وقال أبو زرعة: ليس بقوي، وحديثه حديث أهل الصدق. وأسرف فيه ابن حبان كما قال الذهبي (2/ 247) .
قلت: فحاصل الكلام فيه أنه صدوق، في حديثه عن قتادة ضعف، وهذا الحديث من روايته عن قتادة. ولكنه توبع. قال ابن عدي: وقد حدث به قتادة عن أنس كما حدث سويد: سعيد بن بشير وكذا قال البزار. ولكن سعيد بن بشير ضعيف في قتادة خاصة. قال محمد بن عبد الله بن نمير والساجي: حدث عن قتادة بمناكير. وقال البزار وابن عدي: لا بأس به. وقال أبو حاتم وأبو زرعة : محله الصدق عندنا. فحاله مثل سويد بن إبراهيم وكلاهما يروي عن قتادة المناكير. وخلاصة البحث أن الحديث ضعيف. والله أعلم.

Dha’if. Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh al-Tabarani dalam al-Awsat sebagaimana dalam al-Majma’ (8/78) , al-‘Uqaili dalam al-Dhu’afa’ (hlm. 80/1), ianya juga diriwayatkan oleh Ibn al-Jawzi dalam al-Wahiyat (2/713) melalui al-‘Uqaili, daripada sanad Sa’d bin Tarif daripada al-Asbagh bin Nabatah daripada’ Ali bin Abi Talib, katanya: Ketika kami sedang bersama Rasulullah SAW, secara tiba-tiba, kutu-kutu telah menggigit kami, lalu kami pun mengherdiknya. Lantas Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah kamu mencela…". Al-‘Uqaili berkata: "Tidak ada satu pun yang thabit daripada Nabi SAW berkenaan kutu-kutu".
Saya berkata: Sanad ini sangat gugur kelayakan untuk berhujah. Sa’ad bin Tarif seorang perosak hadith (talif), ulama sepakat menolak hadith beliau. Bahkan Ibn Hibban telah mendakwa Sa’ad melakukan pendustaan. Al-Asbagh bin Nabatah juga seperti Sa’d. Ibn Ma’in berkata: "Beliau tidak thiqah". Al-Nasa’ei dan Ibn Hibban telah meninggalkan riwayat beliau. Bahkan Abu Bakr bin ‘Ayyash telah menilai beliau sebagai pendusta. Hadith tersebut ada sokongan melalui hadith Anas. Ianya lebih baik berbanding hadith pertama tadi tapi ianya juga munkar. Ianya telah dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad (1237), al-Bazzar (2/434), Abu Ya’la dalam Musnad beliau (juz 5/hadith : 2959), al-Tabarani dalam al-Awsat sebagaimana dalam al-Majma’ (8/77), al-Hakim al-Tirmizi dalam Nawadir al-Usul (2/70), al-‘Uqaili dalam al-Dhu’afa’ (hlm. 87/2), Ibn ‘Adi dalam al-Kamil (3/1257-1258), Ibn Hibban dalam al-Majruhin (1/350), al-Sulami dalam Tabaqat al-Sufiyyah (hlmn 181) melalui sanad Suwaid bin Ibrahim Abi Hatim daripada Qatadah daripada Anas bahawa seseorang telah mencela seekor kutu berhampiran dengan Nabi SAW, lalu Baginda SAW bersabda: "Janganlah kamu mencelanya, kerana sesungguhnya ia pernah membangunkan salah seorang Nabi untuk solat".
Al-‘Uqaili berkata: "Tidak sahih satu pun hadith daripada Nabi SAW berkenaan kutu-kutu".
Saya berkata: Sanad hadith ini adalah dha’if. Punca kecacatannya adalah pada Suwaid bin Ibrahim. Al-Saji berkata: "Beliau telah meriwayatkan daripada Qatadah hadith yang munkar". Boleh jadi beliau maksudkan hadith ini. Ibn ‘Adi berkata: "Hadith beliau pada riwayat Qatadah tidak kuat". Ibn Ma’in dan al-Bazzar pula berkata: "Beliau tidak bermasalah". Abu Zur’ah berkata: "Beliau tidak kuat dan hadith beliau adalah hadith perawi yang benar". Ibn Hibban telah berlebih-lebihan terhadap Suwaid sebagaimana disebutkan oleh al-Zahabi (2/247).
Saya berkata: Kesimpulan pandangan berkenaan Suwaid adalah beliau seorang bertaraf saduq (benar), namun pada hadithnya ada kelemahan. Hadith ini adalah melalui riwayat beliau daripada Qatadah. Namun, riwayat beliau ada sokongan. Ibn ‘Adi berkata: "Qatadah telah meriwayatkan hadith tersebut daripada Anas sebagaimana Suwaid telah meriwayatkannya, Sa’id bin Bashir (juga meriwayatkannya". Demikianlah sebagaimana kata al-Bazzar. Namun, Sa’id bin Bashir seorang yang dha’if pada hadith Qatadah secara khusus. Muhammad bin ‘Abdillah bin Numair dan al-Saji berkata: "Beliau telah meriwayatkan hadith-hadith munkar daripada Qatadah". Al-Bazzar dan Ibn ‘Adi pula berkata: "Beliau tidak ada masalah". Abu Hatim dan Abu Zur’ah berkata: "Status beliau adalah benar di sisi kami".
Maka, status beliau adalah sama seperti status Suwaid bin Ibrahim, kedua-dua mereka meriwayatkan hadith-hadith munkar daripada Qatadah. Justeru, kesimpulan perbahasan adalah hadith tersebut dha’if. Wallahua’lam.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.