TEKS BAHASA ARAB
يا أنس إذا هممت بأمر فاستخر ربك فيه سبع مرات ثم انظر إلى الذي يسبق إلى قلبك فإن الخير فيه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Wahai Anas, apabila fikiranmu terganggu kerana sesuatu perkara, maka istikharahlah kepada Tuhan kamu tentang perkara itu sebanyak tujuh kali. Kemudian lihatlah apa yang terlintas di hatimu, kerana sesungguhnya kebaikan terletak padanya.
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 33, hadis nombor 9. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
ضعيف جدا.
أخرجه ابن السني في اليوم والليلة (603) من طريق عبيد الله الحميري، ثنا إبراهيم بن العلاء عن النضر بن أنس بن مالك، ثنا أبي عن أبيه، عن جده مرفوعا…فذكره.
قلت: وهذا سند ساقط لا يفرح به عبيد الله الحميري، مجهول، والنضر بن أنس قال الذهبي: لا يعرف ، وهو النضر بن حفص بن النضر بن أنس بن مالك. وقال النووي في الأذكار، (ص102) : إسناده غريب، وفيه لم أعرفهم. وقال الهيثمي: إسناده غريب. نقله عنه الألوسي في غاية الأماني (1/ 244) . وقال الحافظ في الفتح (11/ 187) : سنده ضعيف جدا.
Dha’if Jiddan. Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh Ibn al-Sunni dalam al-Yaum Wa al-Lailah (603) melalui sanad ‘Ubaidullah al-Himyari, katanya: Ibrahim bin al-‘Ala’ telah menceritakan kepada kami daripada al-Nadhr bin Anas bin Malik, katanya: Ayahku telah menceritakan kepada kami daripada ayahnya daripada datuknya, secara marfu’, lalu dia menyebutkan hadith tersebut.
Saya berkata: Sanad ini Saqit (Terlalu Dha’if), tidak menyenangkan! ‘Ubaidullah al-Himyari seorang yang Majhul (Tidak Dikenali). Al-Nadhr bin Anas pula, kata al-Zahabi: Tidak diketahui. Beliau adalah al-Nadhr bin Hafs bin al-Nadhr bin Anas bin Malik. Al-Nawawi berkata dalam al-Azkar (hlm 103): Sanadnya Gharib (Ganjil), dalam sanadnya pula terdapat perawi yang aku tidak mengenali mereka. al-Haythami turut mengatakan: Sanadnya Gharib. Al-Alusi telah menukilkan daripada beliau (al-Haythami) dalam Ghayah al-Amani (1/344). Al-Hafiz berkata dalam al-Fath (11/187): Sanadnya dha’if jiddan.
RUJUKAN
Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.