Wahai anak Adam! Satu hak kamu, satu hak Aku, dan satu hak bersama di antaraKu dan kamu

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

يقول الله -تبارك وتعالى-: يا ابن آدم! واحدة لك، وواحدة لي، وواحدة فيما بيني وبينك، فأما التي لي: فتعبدني لا تشرك بي شيئا، وأما التي لك: فما عملت من شيء، أو من عمل؛ وفيتكه، وأما التي فيما بيني وبينك: فمنك الدعاء، وعليّ الإجابة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah Tabarak wa Ta’ala berfirman: Wahai anak Adam! Satu hak kamu, satu hak Aku, dan satu hak bersama di antaraKu dan kamu. Hak Aku ialah; kamu menyembahKu semata-mata tanpa menyekutukanKu dengan sesuatu pun. Adapun hak kamu ialah; setiap amalan yang kamu lakukan, Aku akan sempurnakan balasannya bagimu. Adapun hak bersama di antaraKu dan dirimu ialah; kamu berdoa dan Aku perkenankannya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 484, hadis nombor 2603. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس –رضي الله عنه- مرفوعا: ((يقول الله -تبارك وتعالى-: يا ابن آدم! واحدة لك، وواحدة لي، وواحدة فيما بيني وبينك، فأما التي لي: فتعبدني لا تشرك بي شيئا، وأما التي لك: فما عملت من شيء، أو من عمل؛ وفيتكه، وأما التي فيما بيني وبينك: فمنك الدعاء، وعليّ الإجابة)). [البزار، ((الضعيفة)) (4152)]

(Lemah)
Dari Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Allah Tabarak wa Ta’ala berfirman: Wahai anak Adam! Satu hak kamu, satu hak Aku, dan satu hak bersama di antaraKu dan kamu. Hak Aku ialah; kamu menyembahKu semata-mata tanpa menyekutukanKu dengan sesuatu pun. Adapun hak kamu ialah; setiap amalan yang kamu lakukan, Aku akan sempurnakan balasannya bagimu. Adapun hak bersama di antaraKu dan dirimu ialah; kamu berdoa dan Aku perkenankannya.
[Riwayat al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4152]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.