TEKS BAHASA ARAB
الزموا مودتنا أهل البيت؛ فإنه من لقي الله عز وجل وهو يودنا؛ دخل الجنة بشفاعتنا، والذي نفسي بيده! لا ينفع عبدا عمله إلا بمعرفة حقنا.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Lazimilah kecintaan terhadap kami Ahlul Bayt; kerana sesiapa yang menemui Allah ‘Azza wa Jalla dalam keadaan dia mencintai kami, dia akan memasuki syurga dengan syafaat kami. Demi (Allah) yang jiwaku di tanganNya, amalan seseorang hamba itu tidak akan memberi manfaat kepadanya melainkan dengan mengetahui hak kami.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 484, hadis nombor 2604. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن علي –رضي الله عنه- مرفوعا: ((الزموا مودتنا أهل البيت؛ فإنه من لقي الله عز وجل وهو يودنا؛ دخل الجنة بشفاعتنا، والذي نفسي بيده! لا ينفع عبدا عمله إلا بمعرفة حقنا)). [طس، ((الضعيفة)) (4916)]
(Munkar)
Dari Ali RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Lazimilah kecintaan terhadap kami Ahlul Bayt; kerana sesiapa yang menemui Allah ‘Azza wa Jalla dalam keadaan dia mencintai kami, dia akan memasuki syurga dengan syafaat kami. Demi (Allah) yang jiwaku di tanganNya, amalan seseorang hamba itu tidak akan memberi manfaat kepadanya melainkan dengan mengetahui hak kami.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4916]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.