TEKS BAHASA ARAB
يا حميراء! أما شعرت أن الأنين اسم من أسماء الله عز وجل-، يستريح به المريض.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Wahai Humayra (panggilan Nabi untuk ‘Aishah)! Tidakkah engkau merasakan bahawa al-Anin merupakan antara nama-nama Allah ‘azza wa jalla? Yang mana orang yang sakit dapat merasakan kerehatan dengannya.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 483, hadis nombor 2601. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عائشة -رضي الله عنها-، قالت: أتى عليّ رسول الله صلى الله عليه وسلم وفي البيت مريض يئن، فمنعته عائشة، فقال رسول الله ﷺ: ((يا حميراء! أما شعرت أن الأنين اسم من أسماء الله عز وجل-، يستريح به المريض)). [فر، ((الضعيفة)) (4051)]
(Lemah)
Dari ‘Aishah RA beliau berkata: Rasulullah SAW telah datang kepadaku dan ketika itu ada seorang pesakit yang sedang mengerang kesakitan di dalam rumah. Lalu ‘Aishah menghalang baginda (dari masuk ke dalam rumah). Maka Rasulullah SAW bersabda: Wahai Humayra (panggilan Nabi untuk ‘Aishah)! Tidakkah engkau merasakan bahawa al-Anin merupakan antara nama-nama Allah ‘azza wa jalla? Yang mana orang yang sakit dapat merasakan kerehatan dengannya.
[Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4051]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.