Wahai Ali, sesungguhnya Allah telah mengampunkan dosa engkau,zuriat engkau, ahli keluarga engkau, pengikut engkau dan pencinta pengikut engkau

TEKS BAHASA ARAB

يا علي إن الله قد غفر لك ولذريتك ولولدك ولأهلك ولشيعتك ولمحبي شيعتك فأبشر فإنك الأترع الطلق.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Ali, sesungguhnya Allah telah mengampunkan dosa engkau,zuriat engkau, ahli keluarga engkau, pengikut engkau dan pencinta pengikut engkau. Bergembiralah, sesungguhnya engkau adalah bekas yang penuh dengan kebaikan.

STATUS

(Terdapat perawi pemalsu hadis pada sanadnya)

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 98. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

«يَا عَلِيُّ إِنَّ اللَّهَ قَدْ غَفَرَ لَكَ وَلِذُرِّيَّتِكَ وَلِوَلَدِكَ وَلأَهْلِكَ وَلِشِيعَتِكَ وَلِمُحِبِّي شِيعَتِكَ فَأبْشِرْ فَإِنَّكَ الأترع الطلق» فِيهِ دَاوُد الوضاع.

“Wahai Ali, sesungguhnya Allah telah mengampunkan dosa engkau,zuriat engkau, ahli keluarga engkau, pengikut engkau dan pencinta pengikut engkau. Bergembiralah, sesungguhnya engkau adalah bekas yang penuh dengan kebaikan.”. Dalam sanadnya terdapat Daud seorang pemalsu hadith.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs