Solat dua belas rakaat pada siang dan malam

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

واثنتا عشرة ركعة ليلا ونهارا وتتشهد من كل ركعتين فإذا تشهدت في آخر صلاتك فاثن عليه تعالى وصل على النبي صلى الله عليه وسلم واقرأ وأنت ساجد الفاتحة سبعا وآية الكرسي سبعا وقل لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد وهو على شيء قدير عشرا ثم قل اللهم إني أسألك بمعاقد العز من عرشك ومنتهى الرحمة من كتابك واسمك الأعظم وجدك الأعلى وكلماتك التامة ثم سل حاجتك ثم ارفع رأسك ثم سلم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Solat dua belas rakaat pada siang dan malam. Dan lakukan tasyahhud pada setiap dua rakaat. Jika engkau bertasyahhud pada akhir solat, maka pujilah Allah dan selawatlah ke atas Nabi SAW. Kemudian dalam keadaan engkau sedang bersujud, bacalah al-Fatihah tujuh kali, ayat Kursi tujuh kali dan sebutlah Tiada Tuhan melainkan Allah sahaja. Tiada sekutu bagi-Nya. Dia mempunyai kerajaan. Baginya segala kepujian. Dia menentukan segala sesuatu. Bacalah ini sebanyak sepuluh kali. Kemudian sebutlah: Wahai Allah, aku memohon kepada Engkau kemuliaan daripada Arasy-Mu dan juga Rahmat-Mu, dengan nama-Mu yang Agung dan kalimah-Mu yang sempurna. Kemudian mintalah hajat engkau kemudian angkat kepalamu dan berilah salam.

STATUS

(Terdapat perawi bermasalah pada sanadnya)

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 50. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

واثنتا عشرة ركعة ليلا ونهارا وتتشهد من كل ركعتين فإذا تشهدت في آخر صلاتك فاثن عليه تعالى وصل على النبي صلى الله عليه وسلم واقرأ وأنت ساجد الفاتحة سبعا وآية الكرسي سبعا وقل لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد وهو على شيء قدير عشرا ثم قل اللهم إني أسألك بمعاقد العز من عرشك ومنتهى الرحمة من كتابك واسمك الأعظم وجدك الأعلى وكلماتك التامة ثم سل حاجتك ثم ارفع رأسك ثم سلم. للحاكم موضوع فيه عمرو بن هارون كذاب. قلت روى له الترمذي وابن ماجه وكان من أوعية العلم على ضعفه وكثرة مناكيره وما أظنه يتعمد الكذب ووجدت له طريقا آخر قيد فيه» بعد المغرب اثنتا عشرة ركعة في كل ركعة فاتحة الكتاب سبع مرات وسورة حتى إذا كان آخر ركعة قرأ بين السجدتين الفاتحة والإخلاص وآية الكرسي سبعا سبعا ويقول لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد بيده الخير وهو على كل شيء قدير عشرا ثم سجد آخر سجدة له فيقول فيه بعد تسبيحه اللهم إني أسألك إلخ. ثم يسأل الله يغفر كل ذنوبه ويستجاب دعوته قال ولا تعلموها سفهاءكم فيدعون لأمر باطل" فيه من تركوه وذكر الزركشي إن أبا حنيفة رحمه الله في الجامع الصغير كره الدعوة بمعاقد العز وإن جاء الحديث إذ لا ينكشف معناه: قال في النهاية بعد بيان معناه وأصحاب أبي حنيفة يكرهونه قال ابن الجزري في الحصن الحصين عن البيهقي وغير واحد وعن نفسه أنه قد جربه لقضاء الحاجة فوجده كذلك وكذا ذكر الديلمي عن غير واحد.

Ia diriwayatkan oleh al-Hakim. Di dalam sanadnya terdapat ‘Amru Bin Harun. Beliau adalah seorang pendusta. Aku katakan: Ia diriwayatkan oleh al-Tarmizi dan Ibn Majah. Amru adalah orang yang sedia diketahui kelemahannya. Beliau banyak meriwayatkan hadith munkar. Aku tidak rasa beliau sengaja berdusta, aku menemui jalur yang lain yang mana ia menyebut:
بعد الْمغرب اثْنَتَا عشرَة رَكْعَة فِي كل رَكْعَة فَاتِحَة الْكتاب سبع مَرَّات وَسورَة حَتَّى إِذا كَانَ آخر رَكْعَة قَرَأَ بَين السَّجْدَتَيْنِ الْفَاتِحَة وَالْإِخْلَاص وَآيَة الْكُرْسِيّ سبعا سبعا وَيَقُول لَا إِلَهَ إِلا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمد بِيَدِهِ الْخَيْر وَهُوَ على كل شَيْء قدير عشرا ثمَّ سجد آخر سَجْدَة لَهُ فَيَقُول فِيهِ بعد تسبيحه اللَّهُمَّ إِنِّي أَسأَلك إِلَخ. ثمَّ يسْأَل الله يغْفر كل ذنُوبه ويستجاب دَعوته قَالَ وَلَا تعلموها سفهاءكم فَيدعونَ لأمر بَاطِل
Selepas maghrib ada solat dua belas rakaat. Pada setiap rakaat dibaca Surah al-Fatihah sebanyak tujuh kali dan Surah al-Bayyinah. Jika berada di akhir rakaat, dia membaca di antara dua sujud Surah al-Fatihah, Surah al-Ikhlas dan ayat Kursi sebanyak 7 kali. Dan dia menyebut ‘tiada Tuhan (yang layak disembah) melainkan Allah sahaja. Tiada sekutu bagiNya.KepunyaanNya kerajaan dan kepunyaanNya segala pujian. Di tanganNya segala kebaikan dan dia Maha menentukan segala sesuatu’ sebanyak sepuluh kali. Kemudian dia sujud pada sujud yang terakhir dan menyebut selepas sahaja bertasbih: Wahai Allah, sesungguhnya aku memohon…kemudian dia meminta Allah agar mengampunkan dosanya dan dikabulkan doanya. Nabi SAW bersabda: Jangan kalian ajarkan perkara ini kepada orang bodoh dari kalangan kalian. Nanti mereka akan meminta perkara yang batil.”
Dalam sanad hadith ini terdapat perawi yang mana para ulama meninggalkan periwayatan mereka. al-Zarkasyi menyebut: Abu Hanifah tidak membenarkan berdoa meminta kedudukan mulia walaupun ada hadith kerana maknanya tidak dapat dihuraikan. al-Zarkasyi menyebut di dalam kitab al-Nihayah selepas menjelaskan maknanya: Murid-murid Abu Hanifah membenci berdoa dengan doa tersebut. al-Jazari menyebut di dalam kitab al-Husn al-Hasin daripada al-Baihaqi dan lain-lain bahkan dirinya sendiri bahawa beliau telah mencubanya agar dikabulkan hajat. Maka beliau dapati Ia mujarab. Begitulah yang disebutkan oleh al-Dailami daripada ramai ulama.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.