TEKS BAHASA ARAB
اشتد غضب الله على من أهرق دمي وآذاني وعترتي.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Kemarahan Allah membara-bara ke atas sesiapa yang menumpahkan darahku, telingaku dan ahli keluargaku.
STATUS
(Terdapat perawi pemalsu hadis pada sanadnya)
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 98. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
«اشْتَدَّ غَضَبُ اللَّهِ عَلَى مَنْ أهرق دمي وَآذَانِي وعترتي» من نُسْخَة مُحَمَّد بن أَشْعَث الْوَاضِع.
“Kemarahan Allah membara-bara ke atas sesiapa yang menumpahkan darahku, telingaku dan ahli keluargaku.”. Dalam sanadnya terdapat Muhammad Bin al-Asy’ath. Beliau adalah seorang pemalsu hadith.
RUJUKAN
Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.