‘Uwaimir adalah orang yang bijaksana daripada kalangan umatku

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

عويمر حكيم أمتي، وجندب طريد أمتي؛ يعيش وحده، ويموت وحده، والله وحده يكفيه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

‘Uwaimir adalah orang yang bijaksana daripada kalangan umatku, Jundub adalah orang yang terbuang daripada kalangan umatku. Beliau hidup sendirian dan meninggal dunia sendirian. Allah sahaja cukup bagi beliau.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1910 hadis nombor 9594. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي المثنى المليكي أن رسول الله -صلى الله عليه وسلم- كان إذا خرج إلى أصحابه، قال: عويمر حكيم أمتي، وجندب طريد أمتي؛ يعيش وحده، ويموت وحده، والله وحده يكفيه.
[الحارث، ((الضعيفة)) (5530)]

(Lemah)
Daripada Abu al-Muthanna al-Maliki bahawa Rasulullah SAW apabila Baginda keluar bertemu para Sahabat, Baginda bersabda: ‘Uwaimir adalah orang yang bijaksana daripada kalangan umatku, Jundub adalah orang yang terbuang daripada kalangan umatku. Beliau hidup sendirian dan meninggal dunia sendirian. Allah sahaja cukup bagi beliau.
[Riwayat al-Harith. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5530]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.