Ali adalah sebaik-baik makhluk

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

علي خير البرية.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ali adalah sebaik-baik makhluk.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1910 hadis nombor 9593. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه قال: قال رسول الله ﷺ: علي خير البرية.
[ابن حبان في ((الضعفاء))، عد، ابن الجوزي، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (5593)]

(Palsu)
Daripada Abu Sa’id al-Khudri RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Ali adalah sebaik-baik makhluk.
[Riwayat Ibn Hibban dalam al-Du’afa’, Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afa’, Ibn al-Jawzi dan Ibn ‘Asakir. LIhat Silsilah al-Da’ifah, no. 5593]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.