Batil
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
فتنةُ سليمانَ عليه السَّلامُ: أنَّهُ كانَ في قومِهِ رجُلُ كعمَرَ بنِ الخطَّابِ في أمَّتي، فلمَّا أنكَرَ حال الجانِّ الذي كانَ مكانَهُ؛ أرسلَ إلى أفاضَلِ نسائِهِ فقال: هل تُنكِرنَ مِن صاحِبِكُنَّ شيئًا؟ قُلن: نعَمْ؛ كان لا يَأتينا حُيَّضًا، وهذا يأتينا حُيَّضًا. فاشتمَل علَى سيفِهِ ليقتُلَهُ، فردَّ اللَّهُ علَى سليمان ملكَهُ، فأقبلَ، فوجدَهُ في مكانِهِ، فأخبرَهُ بما يُريدُ.
Teks Bahasa Melayu
Fitnah (bencana) yang melanda Sulaiman AS. Baginda bersabda: Dalam kaum Sulaiman ada seorang lelaki seperti Umar Bin al-Khattab dalam umatku. Apabila dia membantah kaum jin berada di tempat Sulaiman, dia menghantar kepada wanita yang terbaik dalam kalangannya. Dia berkata: Adakah kalian pelik dengan sesuatu pada sahabat kalian ini? Mereka berkata: Ya. Dia itu tidak mendatangi kami ketika haid akan tetapi yang ini mendatangi kami ketika haid. Lalu beliau mengambil pedang untuk membunuhnya. Lantas Allah mengembalikan kerajaan Sulaiman dan mendapati beliau berada di tempatnya, Lalu beliau memberitahu Sulaiman apa yang beliau mahukan.
Sahabat Perawi
- Abdurrahman bin Rafi’ RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Batil
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1910, hadis no. 9595. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Batil) Daripada Abdurrahman bin Rafi’ RA, beliau berkata: Aku diberitahu bahawa Rasulullah bercerita tentang fitnah (bencana) yang melanda Sulaiman AS. Baginda bersabda: Dalam kaum Sulaiman ada seorang lelaki seperti Umar Bin al-Khattab dalam umatku. Apabila dia membantah kaum jin berada di tempat Sulaiman, dia menghantar kepada wanita yang terbaik dalam kalangannya. Dia berkata: Adakah kalian pelik dengan sesuatu pada sahabat kalian ini? Mereka berkata: Ya. Dia itu tidak mendatangi kami ketika haid akan tetapi yang ini mendatangi kami ketika haid. Lalu beliau mengambil pedang untuk membunuhnya. Lantas Allah mengembalikan kerajaan Sulaiman dan mendapati beliau berada di tempatnya, Lalu beliau memberitahu Sulaiman apa yang beliau mahukan. [Riwayat Abd bin Humaid. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5992]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman