Ummu al-Harir akan berasa perit jika ada kematian orang berbangsa Arab

TEKS BAHASA ARAB

كانت أم الحرير إذا مات أحد من العرب اشتد عليها، فقيل لها: إنا نراك إذا مات الرجل من العرب اشتد عليك؟ قالت سمعت مولاي يقول: ((من إقتراب الساعة هلاك العرب)).

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ummu al-Harir akan berasa perit jika ada kematian orang berbangsa Arab. Maka ditanya kepadanya: “Sesungguhnya kami ada nampak seseorang dari kalangan bangsa Arab telah mati. Adakah engkau akan berasa perit juga?” Dia berkata: Aku pernah mendengar tuanku berkata: "Antara (tanda) kiamat semakin dekat ialah kematian orang-orang berbangsa Arab.”

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1875, hadis nombor 9452. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن محمد بن أبو رزين عن أمه قالت: كانت أم الحرير إذا مات أحد من العرب اشتد عليها، فقيل لها: إنا نراك إذا مات الرجل من العرب اشتد عليك؟ قالت سمعت مولاي يقول: ((من اقتراب الساعة هلاك العرب)). [ت، ((الضعيفة)) (4515)]

(Lemah) Daripada Muhammad bin Abu Razin daripada ibunya: bahawa dia berkata: "Ummu al-Harir akan berasa perit jika ada kematian orang berbangsa Arab." Maka ditanya kepadanya: “Sesungguhnya kami ada nampak seseorang dari kalangan bangsa Arab telah mati. Adakah engkau akan berasa perit juga?” Dia berkata: Aku pernah mendengar tuanku berkata: "Antara (tanda) kiamat semakin dekat ialah kematian orang-orang berbangsa Arab.” [Riwayat al-Tirmidzi. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4515]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs