TEKS BAHASA ARAB
من سمی المدينة يثرب؛ فليستغفر الله -عز وجل-، هي طابة، هي طابة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesiapa yang memanggil Madinah sebagai Yathrib, dia hendaklah memohon ampun kepada Allah ‘Azza wa Jalla. Ia ialah Tobah, ia ialah Tobah (nama lain bagi Madinah).
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1876, hadis nombor 9454. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن البراء -رضي الله عنه – مرفوعا: ((من سمی المدينة يثرب؛ فليستغفر الله -عز وجل-، هي طابة، هي طابة)). [حم، ع، ((الضعيفة)) (4607)]
(Lemah) Daripada al-Bara’ RA, secara marfu’ ( disandarkan kepada Nabi SAW ) : “Sesiapa yang memanggil Madinah sebagai Yathrib, dia hendaklah memohon ampun kepada Allah ‘Azza wa Jalla. Ia ialah Tobah, ia ialah Tobah (nama lain bagi Madinah)." [Riwayat Ahmad dalam al-Musnad dan Abu Ya’la dalam Musnad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4607]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.