TEKS BAHASA ARAB
من أطاعني فقد أطاع الله ومن عصاني فقد عصى الله، ومن أطاع عليا، فقد اطاعني، ومن عصى عليا فقد عصاني.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesiapa yang mentaatiku maka dia telah mentaati Allah. Sesiapa yang derhaka kepadaku maka dia juga derhaka kepada Allah. Sesiapa yang mentaati ‘Ali maka dia telah mentaatiku. Sesiapa yang derhaka kepada ‘Ali maka dia telah derhaka kepadaku.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1875, hadis nombor 9451. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي ذر – رضي الله عنه- مرفوعا: ((من أطاعني فقد أطاع الله ومن عصاني فقد عصى الله، ومن أطاع عليا، فقد اطاعني، ومن عصى عليا فقد عصاني)). [ك، إبن عساكر، ((الضعيفة)) (4892)]
(Lemah) Daripada Abu Dzar RA, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Sesiapa yang mentaatiku maka dia telah mentaati Allah. Sesiapa yang derhaka kepadaku maka dia juga derhaka kepada Allah. Sesiapa yang mentaati ‘Ali maka dia telah mentaatiku. Sesiapa yang derhaka kepada ‘Ali maka dia telah derhaka kepadaku." [Riwayat al-Hakim dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.4982]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.