Umatku yang paling mulia adalah orang yang memelihara al-Qur'an

TEKS BAHASA ARAB

أشراف أمتي حملة القرآن وأصحاب الليل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Umatku yang paling mulia adalah orang yang memelihara al-Qur’an dan ahli ibadah pada waktu malam.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 114, hadis nombor 98. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

موضوع.
أخرجه الطبراني في الكبير (ج 12/ رقم 12612) والإسماعيلي في معجمه (ج 1/ ق 4/ 201) وابن عدي في الكامل (3/ 1194 و7/ 2521) والبيهقي في تاريخ جرجان (1/ 5/ 218 – 1/ 12/ 494) والخطيب في التاريخ ((4/ 124و 8/ 80) من طريق سعد بن سعيد الجرجاني عن نهشل أبي عبد الله عن الضحاك عن ابن عباس مرفوعاً فذكره. قال ابن عدي: حديث غير محفوظ. وقال الهيثمي في المجمع (7/ 161)) ) فيه سعد بن سعيد الجرجاني وهو ضعيف. قلت: كذا قال وقد قصر جداً. ففي الإسناد نهشل وهو متروك بل كذبه إسحاق. ثم إن السند أيضاً منقطع بين الضحاك بن مزاحم وبين ابن عباس. والله أعلم. وقال البخاري لا يصح.

Mawdhu’ (Palsu). Hadith tersebut telah dikelurkan oleh al-Tabarani dalam al-Kabir (juz 12/ hadith : 12612), al-Isma’ieli dalam Mu’jam beliau (juz 1/ hlm. 4/201), Ibn ‘Adi dalam al-Kamil (3/1194, 7/2531), al-Sahmi dalam Tarikh Jurjan (1/5/218 – 12/494), al-Khatib dalam al-Tarikh (4/124, 8/80) melalui sanad Sa’d bin Sa’id al-Jurjani daripada Nahshal Abi Abd Allah daripada al-Dhahhak daripada Ibn ‘Abbas secara marfu’, lalu beliau pun menyebutkan hadith itu. Ibn ‘Adi berkata: Hadith yang tidak mahfuz. Al-Haythami berkata dalam al-Majma’ (7/161): Dalam sanadnya terdapat Sa’d bin Sa’id al-Jurjani, beliau seorang yang dha’if.
Saya berkata: Demikianlah apa yang beliau katakan, namun beliau menyebutkan terlalu ringkas. Ini kerana, dalam sanad tersebut terdapat Nahshal, beliau seorang yang matruk, bahkan Ishaq menilai beliau sebagai pendusta. Disamping itu, sanad tersebut juga munqati’ (terputus) antara al-Dhahhak bin Muzahim dan Ibn ‘Abbas. Wallahua’lam. Al-Bukhari berkata: Tidak sahih.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.