Uban adalah cahaya, barang siapa yang mencabut uban maka dia telah mencabut cahaya Islam

TEKS BAHASA ARAB

الشيبة نور، من خلع الشيبة، فقد خلع نور الإسلام، فإذا بلغ الرجل أربعين سنة، وقاه الله الأدواء الثلاثة: الجنون والجذام والبرص.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Uban adalah cahaya, barang siapa yang mencabut uban maka dia telah mencabut cahaya Islam. Apabila sampai seorang lelaki itu pada usia 40 tahun maka Allah akan memeliharanya daripada tiga penyakit: Gila, kusta dan sopak.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1617, hadis nombor 8158. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس بن مالك – رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -:((الشيبة نور، من خلع الشيبة، فقد خلع نور الإسلام، فإذا بلغ الرجل أربعين سنة، وقاه الله الأدواء الثلاثة: الجنون والجذام والبرص)). [عق، ابن حبان في ((المجروحين))، الجرجاني في ((الفوائد))، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (2353)].

(Palsu)
Daripada Anas bin Malik RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Uban adalah cahaya, barang siapa yang mencabut uban maka dia telah mencabut cahaya Islam. Apabila sampai seorang lelaki itu pada usia 40 tahun maka Allah akan memeliharanya daripada tiga penyakit: Gila, kusta dan sopak.))
[Riwayat al-Uqaili dalam al-Ḍu‘afā’ al-Kabīr, Ibn Hibban dalam al-Majruhin, al-Jurjani dalam al-Fawaid dan Ibn Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2353].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs