TEKS BAHASA ARAB
الغناء ينبت النفاق في القلب.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Lagu menumbuhkan sifat munafik di dalam hati.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1617, hadis nombor 8159. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبدالله بن مسعود – رضي الله عنه-، قال: سمعتُ رسول الله – صلى الله عليه وسلم – يقول: ((الغناء ينبت النفاق في القلب)). [د، ابن أبي الدنيا في ((ذم الملاهي))، ((الضعيفة)) (2430)].
(Lemah)
Daripada Abdullah bin Mas’ud RA berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: ((Lagu menumbuhkan sifat munafik di dalam hati.))
[Riwayat Abi Dawud dalam Sunannya dan Ibn Abi al-Dunya dalam Zam al-Malahi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2430].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.