TEKS BAHASA ARAB
اهرق الخمرة، واكسر الدنان.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Tuanglah arak itu dan pecahkanlah bekasnya.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 400, hadis nombor 2143. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي طلحة – رضي الله عنه – أنه قال: يا نبي الله إني اشتريت خمراً لأيتام في حجري؟ قال: «اهرق الخمرة، واكسر الدنان». [ت، «الضعيفة» (3350)].
(Lemah) Daripada Abu Talhah RA, bahawa beliau berkata: "Wahai Nabi Allah, sesungguhnya aku telah membeli arak untuk anak-anak yatim di bawah jagaanku?". Baginda menjawab: "Tuanglah arak itu dan pecahkanlah bekasnya". [Riwayat al-Tirmidzi dalam Sunannya. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3350].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.