Bawang putih, bawang besar dan daun bawang adalah wangian iblis

TEKS BAHASA ARAB

الثوم والبصل والكراث سك إبليس.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bawang putih, bawang besar dan daun bawang adalah wangian iblis.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 400, hadis nombor 2144. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي أمامة – رضي الله عنه – رفعه إلى النبي ﷺ: «الثوم والبصل والكراث سك إبليس». [الروياني، زاهر الشحامي في «السباعيات»، «الضعيفة» (3461)].

(Lemah) Daripada Abu Umamah RA yang menyandarkannya kepada Nabi ﷺ: “Bawang putih, bawang besar dan daun bawang adalah wangian iblis”. [Riwayat al-Ruyani dalam Musnadnya dan Zahir al-Shahami dalam al-Suba’iyyat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3461].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs