Sesungguhnya Allah suka akan sesiapa yang menyukai buah kurma

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن الله يحب من يحب التمر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah suka akan sesiapa yang menyukai buah kurma.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 400, hadis nombor 2142. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الله بن عمرو – رضي الله عنه – مرفوعاً: «إن الله يحبُّ مَنْ يحب التمر». [طب، أبو الفضل الهمذاني في آخر«مجلس من آمالي الشيخ الاصبهاني»، خط، «الضعيفة» (3129)].

(Lemah) Daripada Abdullah bin ‘Amr RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Sesungguhnya Allah suka akan sesiapa yang menyukai buah kurma". [Riwayat al-Tabarani dalam al-Musnad al-Kabir, Abu al-Fadl al-Hamadzani pada penghujung Majlis min Amali al-Shaykh al-Asbahani dan al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3129].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.