TEKS BAHASA ARAB
ما صحب المرسلين أجمعين، ولا صاحب ( يس ) – يعني: نفسه – أفضل من أبي بكر الصديق.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Tiada orang yang bersahabat dengan para Rasul, mahupun pemilik (Yasin) iaitu diri Baginda sendiri yang lebih baik daripada Abu Bakar al-Siddiq.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1914, hadis nombor 9614. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع)
عن أنس رضي الله عنه قال: قال رسول اللهﷺ: ما صَحِبَ المرسلين أجمعينَ، ولا صاحَبَ (يَس) – يعني: نَفْسَهُ – أفضلُ مِنْ أبي بكر الصديق.
[الأصبهاني في ((المحجة)) ((الضعيفة)) (5562)]
(Palsu)
Daripada Anas RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Tiada orang yang bersahabat dengan para Rasul, mahupun pemilik (Yasin) iaitu diri Baginda sendiri yang lebih baik daripada Abu Bakar al-Siddiq.
[Riwayat al-Asbahani dalam al-Mahajjah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5562]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.