Tiada orang yang dipanjangkan umur selama 40 tahun

TEKS BAHASA ARAB

ما من معمر يعمر في الإسلام أربعين سنة؛ إلا صرف الله عنه ثلاثة أنواع من البلاء: الجنون، والجذام والبرص. فإذا بلغ خمسين سنة؛ لين الله عليه الحساب، فإذا بلغ ستين رزقه الله الإنابة إليه بما يحب، فإذا بلغ سبعين سنة؛ أحبه الله وأحبه أهل السماء، فإذا بلغ الثمانين قبل الله حسناته وتجاوز عن سيئاته، فإذا بلغ تسعين غفر الله له ما تقدم من ذنبه، وما تأخر وسمي أسير الله في أرضه وشفع لأهل بيته.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tiada orang yang dipanjangkan umur selama 40 tahun dalam Islam melainkan Allah akan palingkan darinya tiga jenis bala: Gila, kusta dan sopak. Maka apabila mencapai 50 tahun, Allah akan mempermudah hisabnya. Apabila mencapai 60 tahun, Allah rezekikan kepadanya untuk kembali kepada-Nya dengan apa yang Dia suka. Apabila mencapai 70 tahun, Allah dan penduduk langit akan mencintainya. Apabila mencapai 80 tahun, Allah akan menerima kebaikannya dan melepaskan keburukannya. Apabila mencapai 90 tahun, Allah akan mengampunkan dosa yang lalu dan akan datang. Dia digelar tawanan Allah di bumi-Nya dan diberi syafaat untuk ahli keluarganya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1914, hadis nombor 9615. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن أنس بن مالك رضي الله عنه قال: قال رسول الله ﷺ: ما من معمر يعمر في الإسلام أَرْبَعِينَ سنة؛ إلا صرف اَللَّه عنه ثلاثة أنواع من البلاء: الجنون، وَالْجُذَام، والبرص. فإذا بلغ خمسين سنة؛ لين الله عليه الحساب. فإذا بلغ ستين، رزقه اَللَّه الإنابة إليه بما يحب. فإذا بلغ سبعين سنة؛ أحبه الله وأحبه أهل السماء. فإذا بلغ الثمانين، قبل اَللَّه حسناته وتجاوز عن سَيِّئَاته. فإذا بلغ تسعين، غفر الله لَهُ ما تَقَدَّمَ من ذَنْبه وما تَأَخَّرَ، وسمّي أسير الله في أرضه، وشفع لأهل بيته.
[حم، ابن الجوزي، البزار، ع، ((الضعيفة)) (5984)]

(Munkar)
Daripada Anas Bin Malik RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Tiada orang yang dipanjangkan umur selama 40 tahun dalam Islam melainkan Allah akan palingkan darinya tiga jenis bala: Gila, kusta dan sopak. Maka apabila mencapai 50 tahun, Allah akan mempermudah hisabnya. Apabila mencapai 60 tahun, Allah rezekikan kepadanya untuk kembali kepada-Nya dengan apa yang Dia suka. Apabila mencapai 70 tahun, Allah dan penduduk langit akan mencintainya. Apabila mencapai 80 tahun, Allah akan menerima kebaikannya dan melepaskan keburukannya. Apabila mencapai 90 tahun, Allah akan mengampunkan dosa yang lalu dan akan datang. Dia digelar tawanan Allah di bumi-Nya dan diberi syafaat untuk ahli keluarganya.
[Riwayat Ahmad bin Hanbal, Ibn al-Jauzi, al-Bazzar dan Abu Ya’la. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5984]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs