Apakah yang baik untuk wanita?

TEKS BAHASA ARAB

ما خير للنساء؟ فقالت فاطمة: أن لايرين الرجال ولا يرونهن.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apakah yang baik untuk wanita? Kami tidak tahu jawapannya. Lalu Ali pergi kepada Fatimah dan menceritakan tentang perkara tersebut. Fatimah berkata: Aku menyindir beliau dan berkata: Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memperlihatkan diri kepada lelaki dan para lelaki tidak melihat mereka. Lantas Nabi SAW berkata: Siapa yang mengajarkan kamu perkara ini? Ali berkata: Fatimah. Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya Fatimah adalah sebahagian daripada aku.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1914, hadis nombor 9613. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أنس رضي الله عنه قال: قال رسول الله ﷺ: ما خير للنساء؟ فلم ندر ما نقول، فسار علي إلى فاطمة، فأخبرها بذلك، فقالت: فهلا قلت له: خير لهن أنْ لا يريْن الرجالَ ولا يَرَوْنَهُنّ فقال له: من علّمك هذا؟ قال: فاطمة. قال: إنها بَضْعَةٌ منِّي.
[حل، ((الضعيفة)) (5743/م)]

(Lemah)
Daripada Anas RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Apakah yang baik untuk wanita? Kami tidak tahu jawapannya. Lalu Ali pergi kepada Fatimah dan menceritakan tentang perkara tersebut. Fatimah berkata: Aku menyindir beliau dan berkata: Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memperlihatkan diri kepada lelaki dan para lelaki tidak melihat mereka. Lantas Nabi SAW berkata: Siapa yang mengajarkan kamu perkara ini? Ali berkata: Fatimah. Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya Fatimah adalah sebahagian daripada aku.
[Riwayat Abu Nuaim dalam al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5743]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs