TEKS BAHASA ARAB
من مات في بيت المقدس؛ فكأنما مات في السماء.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesiapa yang meninggal dunia di Baitul Maqdis, seakan-akan dia meninggal dunia di langit.
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1915, hadis nombor 9620. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا)
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله ﷺ: من مات في بيت المقدس؛ فكأنما مات في السماء.
[البزار، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (5847)]
(Sangat Lemah)
Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang meninggal dunia di Baitul Maqdis seakan-akan dia meninggal dunia di langit.
[Riwayat al-Bazzar dan Ibn Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5847]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.