Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أعتق أو أمسك. قاله لمن صكّ وجه جاريته الراعية، وقد انتزع السبع ضرع شاة صفي.
Teks Bahasa Melayu
"Merdekakan atau peganglah". Kata baginda kepada seseorang yang menampar muka hamba perempuannya yang mengembala (kerana) binatang buas telah mencarik kantung susu seekor kambing yang banyak susu.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 563, hadis no. 2921.
(Munkar dengan tambahan "atau peganglah") Daripada ‘Aṭā’ bahawa seorang lelaki pernah mempunyai seorang hamba perempuan untuk menggembala kambing-kambing. Ada seekor kambing yang bening - iaitu: banyak susu - dalam kalangan kambingnya itu. Lelaki itu ingin memberikan kambing itu kepada Nabi Allah ﷺ. Lalu datang binatang buas dan mencarik kantung susunya. Maka lelaki itu menjadi marah lalu menampar wajah hamba perempuannya. Lalu Nabi Allah ﷺ datang dan lelaki itu menceritakan hal itu kepada baginda. Dia juga menyebutkan bahawa hamba itu merupakan hamba yang beriman dan sempurna. Dia telah berazam untuk membebaskannya ketika dia menamparnya. Maka Nabi ﷺ telah bersabda kepadanya: “Datangkan kepadaku hamba itu.” Lalu Nabi ﷺ telah bertanya kepadanya: "Adakah kamu bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah?”. Dia menjawab: “Benar.” “Juga Muhammad itu Rasulullah?” Dia menjawab: “Benar.” “Juga sesungguhnya mati dan kebangkitan itu pasti? Dia telah menjawab: “Benar.” “Juga sesungguhnya syurga dan neraka itu pasti?" Dia menjawab: “Benar.” Apabila baginda pergi, baginda bersabda: “Merdekakan atau peganglah (hamba ini)”. Aku telah bertanya: “Adakah (hadis) ini sabit?” Dia menjawab: “Ya.” Mereka juga yakin (dengan hal itu). Abū al-Zubayr juga menceritakannya kepadaku. Setelah itu perempuan itu bersalin dalam kalangan Quraisy. [Riwayat ‘Abd al-Razzāq dalam al-Jāmi‘. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6565].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman