TEKS BAHASA ARAB
من كان عليه تحرير رقبة من ولد إسماعيل؛ فليعتق نسمة من بلعنبر.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesiapa yang ada tanggungan untuk membebaskan tengkuk (membebaskan hamba) daripada mana-mana anak cucu Ismail, maka bebaskanlah mana-mana hamba daripada Bal’anbar.
STATUS
Lemah dengan lafaz ini
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1915, hadis nombor 9619. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف بهذا اللفظ)
عن زُبَيب بن ثعلبة رضي الله عنه قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: من كان عليه تحرير رقبة من ولد إسماعيل؛ فليعتق نسمة من بلعنبر.
[طب، عد، تخ، ((الضعيفة)) (5731)]
(Lemah dengan lafaz ini)
Daripada Zubaib Bin Tha’labah RA, beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang ada tanggungan untuk membebaskan tengkuk (membebaskan hamba) daripada mana-mana anak cucu Ismail, maka bebaskanlah mana-mana hamba daripada Bal’anbar.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabir, Ibn Adi dan al-Bukhari dalam al-Tarikh al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5731]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.