Sesiapa yang menunaikan solat duha sebanyak empat rakaat

TEKS BAHASA ARAB

من صلى الضحى أربع ركعات في يوم الجمعة في دهره مرة واحدة يقرأ بفاتحة الكتاب. . . فذكره بطوله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang menunaikan solat duha sebanyak empat rakaat pada hari Jumaat pada masa hidupnya sebanyak sekali yang mana dia membaca al-Fatihah.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1915, hadis nombor 9618. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن ابن عباس رضي الله عنهما قال: قال رسول الله ﷺ: مَنْ صَلَّى الضُّحَى أربع ركعَاتٍ في يومِ الجُمُعَةِ في دهرِهِ مرةً واحدةً يقراُ بفاتحةِ الكتاب. . . فذكره بطوله.
[أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، (الضعيفة)) (5700)]

(Palsu)
Daripada Ibn ‘Abbas RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang menunaikan solat duha sebanyak empat rakaat pada hari Jumaat pada masa hidupnya sebanyak sekali yang mana dia membaca al-Fatihah… Baginda menyebutnya dengan panjang lebar.
[Riwayat Abu Nuaim dalam Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5700]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.