TEKS BAHASA ARAB
ليلة أسري بي رأيت على العرش مكتوبا: لا إله إلا الله محمد رسول الله، أبو بكر الصديق، عمر الفاروق، عثمان ذو النورين يقتل مظلوما.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Pada malam aku diperjalankan (Israk), aku melihat tulisan yang tertulis di Arasy: Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah, Muhammad ialah pesuruh Allah, Abu Bakar, Umar al-Faruq, Uthman Zu al-Nurayn (yang mempunyai dua cahaya) yang dibunuh secara zalim.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1913, hadis nombor 9611. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع)
عن الحسين بن علي رضي الله عنه قال: قال رسول الله ﷺ: ليلة أسري بي رأيت على العرش مكتوباً: لا إله إلا الله محمد رسول الله، أبو بكر الصديق، عمرُ الفاروقُ، عثمانُ ذو النورين، يُقتَلُ مظلوما.
[خط، إسحاق الختلي في ((الديباج)) (5617)]
(Palsu)
Daripada al-Husain Bin Ali RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Pada malam aku diperjalankan (Israk), aku melihat tulisan yang tertulis di Arasy: Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah, Muhammad ialah pesuruh Allah, Abu Bakar, Umar al-Faruq, Uthman Zu al-Nurayn (yang mempunyai dua cahaya) yang dibunuh secara zalim.
[Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad dan Ishak al-Khattali dalam al-Dibaj. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5617]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.