TEKS BAHASA ARAB
ما استودع الله عبدا عقلا إلا استنقذه به يوما ما.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Allah tidak meninggalkan akal bagi seorang hamba melainkan Dia akan menyelamatkannya dengan akal tersebut pada satu hari nanti.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1914, hadis nombor 9612. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن أنس رضي الله عنه قال: قال رسول الله ﷺ: ما استَوْدَعَ اللهُ عبداً عَقْلاً إلا اسْتَنْقَذَهُ به يوماً ما.
[عد، فر، ((الضعيفة)) (5808، 6170)]
(Lemah)
Daripada Anas RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Allah tidak meninggalkan akal bagi seorang hamba melainkan Dia akan menyelamatkannya dengan akal tersebut pada satu hari nanti.
[Riwayat Ibn Adi dan al-Dailami. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5808, 6170]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.