Aku masuk ke syurga dan aku lihat hamba perempuan daripada manusia hitam

TEKS BAHASA ARAB

دخلت الجنة فرأيت جارية أدماء لعساء، فقلت: ما هذه يا جبريل؟ فقال: إن الله تعالى عرف شهوة جعفر بن أبي طالب للأدم اللعس؛ فخلق له هذه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku masuk ke syurga dan aku lihat hamba perempuan daripada manusia hitam. Lalu aku bertanya: "Siapakah ini wahai Jibril?" Lalu dia menjawab: "Sesungguhnya Allah SWT tahu bahawa Jaafar bin Abu Talib berahi kepada manusia hitam, dia ciptakan ini untuknya."

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1831, hadis nombor 9234. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عباية عن النبي ﷺ قال:((دخلت الجنة فرأيت جارية أدماء لعساء، فقلت: ما هذه يا جبريل؟ فقال: إن الله تعالى عرف شهوة جعفر بن أبي طالب للأدم اللعس؛ فخلق له هذه)). [الرافعي،((الضعيفة)) (3272)].

(Palsu) Daripada ‘Abayah, daripada Nabi SAW bersabda: Aku masuk ke syurga dan aku lihat hamba perempuan daripada manusia hitam. Lalu aku bertanya: Siapakah ini wahai Jibril? Lalu dia menjawab: Sesungguhnya Allah SWT tahu bahawa Jaafar bin Abu Talib berahi kepada manusia hitam, dia ciptakan ini untuknya.” [Riwayat Al-Rafi’ie. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3272]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs