Tiga perkara berada dibawah bayangan 'Arasy

TEKS BAHASA ARAB

ثلاثة في ظل العرش: القرآن يحاج العباد والرحم ينادي: صل من وصلني واقطع من قطعني والأمانة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tiga perkara yang berada dibawah bayangan ‘Arasy ; iaitu al-Qur’an yang mendakwa para hamba, hubungan kekeluargaan yang menyeru: Sambunglah sesiapa yang menyambungku, putuskanlah sesiapa yang memutuskanku dan juga amanah.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 243, hadis nombor 187. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ضعيف. أخرجه العقيلي في الضعفاء (ق 185 / 2) ومحمد بن نصر والحكيم الترمذي في نوادره كما في الجامع الصغير والبغوي في شرح السنة (13 / 22 – 23) من طريق كثير بن عبد الله اليشكري حدثني الحسن بن عبد الرحمن بن عوف عن أبيه.. فذكره مرفوعاً. قال العقيلي: الرواية في الرحم والأمانة من غير هذا الوجه بأسانيد جياد، بألفاظ مختلفة. وأما القرآن فليس بمحفوظ. أهـ‍.
قلت: وآفة هذا الإسناد كثير بن عبد الله. قال العقيلي: لا يصح إسناده. واعتمده الذهبي في الميزان. لكنه قال في المغني (5085) : كثير بن عبد الله اليشكري عن الحسن. لم يضعفه أحد بل ذكره العقيلي في حديث استنكره. أهـ‍. ولم أر أحداً عدله. فقد ترجمه ابن أبي حاتم في الجرح (3/ 2/54) ولم يحك فيه جرحاً ولا تعديلاً. فهو مجهول الحال. والله اعلم.

Dha’if. Hadith tersebut telah diriwayatkan oleh al-‘Uqaili dalam al-Dhu’afa’ (hlm. 185/2), Muhammad bin Nasr, al-Hakim al-Tirmizi dalam Nawadir beliau sebagaimana dalam al-Jami’ al-Saghir dan al-Baghawi dalam Syarh al-Sunnah (13/22-23) melalui sanad Kathir bin al-Yashkuri. Beliau al-Hasan bin ‘Abd al-Rahman bin ‘Awf telah menceritakan kepada kami daripada ayahnya, lalu beliau menyebutkan hadith tersebut secara marfu’. Al-‘Uqaili berkata: “Riwayat berkenaan Rahim dan amanah melalui selain sanad ini ada dengan sanad-sanad yang bagus, namun dengan lafaz yang berbeza. Manakala, berkenaan al-Qur’an itu pula, ianya tidak mahfuz”.
Saya berkata: Punca lemah sanad ini adalah Kathir bin ‘Abdillah. Al-‘Uqaili berkata: “Sanadnya tidak sahih”. Al-Zahabi berpegang dengannya dalam al-Mizan. Namun, dalam al-Mughni (5085) pula beliau berkata: “Kathir bin ‘Abdillah al-Yashkuri daripada al-Hasan. Tidak ada sesiapapun yang menilai beliau sebagai lemah. Bahkan al-‘Uqaili menyebutkan hadith yang diriwayatkan oleh beliau yang dianggap sebagai munkar”. Saya juga tidak melihat ada sesiapa yang memuji beliau. Ibn Abi Hatim dalam al-Jarh (3/2/54) telah membuat biografi beliau, namun beliau tidak menyebutkan sebarang kritikan mahupun pujian terhadap Kathir. Oleh itu, beliau seorang yang Majhul al-Hal. Wallahua’lam. Adapun hadith yang al-‘Uqaili isyaratkan khusus berkenaan Rahim dan amanah, terdapat hadith yang thabit tentangnya dalam riwayat Muslim dan lain-lain.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs