TEKS BAHASA ARAB
كن مؤذنا. قال: ما أقدر على ذلك. قال: فكن إماما قال: لا أقدر على ذلك. قال: فقم بإزاء الإمام.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Jadilah tukang azan. Sahabat berkata: Aku tidak mampu melakukannya. Baginda bersabda lagi : Jika begitu, jadilah imam. Dia berkata lagi: Aku tidak mampu melakukannya. Baginda bersabda lagi: Jika begitu, maka berdirilah dibelakang imam.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 244, hadis nombor 188. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
منكر.
أخرجه البخاري في الكبير (1/ 1 / 37) ، والعقيلي في الضعفاء (ق 187 / 1) والطبراني في الأوسط كما في المجمع (1 / 327) و الترغيب (1/ 111) من طريق محمد بن إسماعيل الضبي عن أبي المعلي العطار عن سعيد بن جبير عن ابن عباس أن رجلا أتى النبي صلى الله عليه وسلم، فقال: يا رسول الله علمني عملا أدخل به الجنة. فقال: كن مؤذنا…الحديث. قال العقيلي: محمد بن إسماعيل لا يتابع عليه ولا يعرف إلا به.
قلت: قال فيه البخاري: منكر الحديث. وهي جرح شديد عنده. قال الذهبي في الميزان (1 / 6، 202) : قال البخاري: من قلت فيه هذه العبارة فلا تحل الرواية عنه
Munkar. Hadith tersebut telah diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam al-Kabir (1/1/37), al-‘Uqaili dalam al-Dhu’afa’ (hlm. 187/1), al-Tabarani dalam al-Ausat sebagaimana dalam al-Majma’ (1/327), dan al-Targhib (1/111) melalui sanad Muhammad bin Isma’il al-Dhabbi daripada Abu al-Mu’alla al-‘Attar daripada Sa’id bin Jubair daripada Ibn ‘Abbas bahawa seorang lelaki telah datang menemui Nabi SAW, lalu berkata: "Wahai Rasulullah! Ajarkan kepadaku suatu amalan yang boleh memasukkan aku ke dalam syurga". Baginda SAW pun bersabda: "Jadilah tukang azan…". Al-‘Uqaili berkata: "Muhammad bin Isma’il tidak ada sokongan bagi (riwayat) beliau dan beliau tidak dikenali melainkan melalui hadith ini".
Saya berkata: al-Bukhari berkata berkenaan beliau: "Munkar al-Hadith (Hadith riwayat beliau banyak kesilapan)". Ianya merupakan kritikan yang berat di sisi beliau. Al-Zahabi berkata dalam al-Mizan (1/6,202): "al-Bukhari berkata: Sesiapa yang aku sebutkan kepadanya ungkapan ini, maka tidak boleh meriwayatkan hadith daripadanya".
RUJUKAN
Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.