Perkara yang haram tidak mengharamkan perkara yang halal

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

لا يحرم الحرام الحلال.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Perkara yang haram tidak mengharamkan perkara yang halal.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 914, hadis nombor 4682. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن ابن عمر -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((لا يحرم الحرام الحلال)).
[ه، قط، هق، خط،((الضعيفة)) (385)].

(Lemah)
Diriwayatkan daripada Ibn ‘Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Perkara yang haram tidak mengharamkan perkara yang halal.
[Riwayat Ibn Majah dalam Sunan, al-Daraqutni dalam Sunan, al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra, dan al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 385].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.