Tiga (golongan) yang akan berbual di bawah naungan Arasy dalam keadaan tenang, sedangkan manusia yang lain dalam perhitungan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ثلاثة يتحدثون في ظل العرش آمنين، والناس في الحساب: رجل لم تأخذه [في الله] لومة لائم، ورجل لم يمد يديه إلى ما لا يحل له، ورجل لم ينظر إلى ما حرم عليه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tiga (golongan) yang akan berbual di bawah naungan Arasy dalam keadaan tenang, sedangkan manusia yang lain dalam perhitungan: seseorang yang tidak terkesan dengan celaan orang lain [pada (amalan untuk) Allah], seseorang yang tidak pernah menghulurkan tangannya kepada perkara yang tidak halal baginya dan seseorang yang tidak pernah melihat perkara yang diharamkan untuknya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 505-506, hadis nombor 2696. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عمر – رضي الله عنهما -، قال: قال رسول الله ﷺ: «ثلاثة يتحدثون في ظل العرش آمنين، والناس في الحساب: رجل لم تأخذه [في الله] لومة لائم، ورجل لم يمد يديه إلى ما لا يحل له، ورجل لم ينظر إلى ما حرم عليه». [الأصبهاني، «الضعيفة» (5476)].

(Palsu) Daripada Ibn Umar RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: Tiga (golongan) yang akan berbual di bawah naungan Arasy dalam keadaan tenang, sedangkan manusia yang lain dalam perhitungan: seseorang yang tidak terkesan dengan celaan orang lain [pada (amalan untuk) Allah], seseorang yang tidak pernah menghulurkan tangannya kepada perkara yang tidak halal baginya dan seseorang yang tidak pernah melihat perkara yang diharamkan untuknya. [Riwayat al-Asbahani dalam al-Targhib wa al-Tarhib. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5476].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.