TEKS BAHASA ARAB
من علق تميمة فلا أتم الله له، ومن علق ودعة فلا ودع الله له.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Barang siapa yang menggantung suatu tangkal, nescaya Allah tidak akan menyelesaikan untuknya. Manakala barang siapa yang menggantung cangkerang azimat, nescaya Allah tidak akan memberinya kerehatan.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 454, hadis nombor 2430. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عقبة بن عامر الجهني – رضي الله عنه – يقول: سمعت رسول الله ﷺ يقول: «من علق تميمة فلا أتم الله له، ومن علق ودعة فلا ودع الله له». [ك، «الضعيفة» (1266)].
(Lemah) Daripada ‘Uqbah bin ‘Amir al-Juhani RA, beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah ﷺ bersabda: “Barang siapa yang menggantung suatu tangkal, nescaya Allah tidak akan menyelesaikan untuknya. Manakala barang siapa yang menggantung cangkerang azimat, nescaya Allah tidak akan memberinya kerehatan.” [Riwayat al-Hakim dalam Mustadrak al-Hakim. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1266].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.