Aku pernah masuk ke dalam syurga lalu mendengar bunyi satu pergerakan di hadapanku

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

دخلت الجنة؛ فسمعت فيها خشفة بين يدي، فقلت: ما هذا؟ قال: بلال. قال: فمضيت؛ فإذا أكثر أهل الجنة فقراء المهاجرين وذراري المسلمين، ولم أر أحدا أقل من الأغنياء والنساء. قيل لي: أما الأغنياء؛ فهم ههنا بالباب يحاسبون ويمحصون. وأما النساء؛ فألهاهن الأحمران: الذهب والحرير. قال: ثم خرجنا من أحد أبواب الجنة الثمانية، فلما كنت عند الباب؛ أتيت بكفة فوضعت فيها، ووضعت أمتي في كفة؛ فرجحت بها، ثم أتي بأبي بكر رضي الله عنه، فوضع في كفة، وجيء بجميع أمتي في كفة فوضعوا، فرجح أبو بكر رضي الله عنه، وجيء بعمر فوضع في كفة، وجيء بجميع أمتي فوضعوا؛ فرجح عمر رضي الله عنه. وعرضت أمتي رجلا رجلا، فجعلوا يمرون، فاستبطأت عبد الرحمن بن عوف، ثم جاء بعد الإياس، فقلت: عبد الرحمن! فقال: بأبي وأمي يا رسول الله! والذي بعثك بالحق! ما خلصت إليك حتى ظننت أني لا أنظر إليك أبدا إلا بعد المشيبات! قال: وما ذاك؟ قال: من كثرة مالي؛ أحاسب وأمحص.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku pernah masuk ke dalam syurga lalu mendengar bunyi satu pergerakan di hadapanku, maka aku bertanya: Siapakah ini? (Malaikat) menjawab: Bilal. Lalu Baginda bersabda: Kemudian aku berlalu dan ternyata kebanyakan ahli syurga ialah golongan fakir muhajirin dan keturunan orang-orang Islam dan aku tidak melihat sesiapa yang lebih sedikit berbanding golongan kaya dan para wanita. Kemudian dikhabarkan kepadaku: Adapun golongan kaya, mereka berada di sini, di depan pintu. Mereka dihisab dan diteliti. Adapun golongan wanita pula, mereka telah dilalaikan dengan dua merah: emas dan sutera. Baginda bersabda: Kemudian kami keluar daripada salah satu dari lapan pintu syurga. Tatkala aku berada di hadapan pintu itu, aku dihadirkan dengan dulang penimbang lalu aku diletakkan di atasnya, manakala umatku pula diletakkan di atas dulang penimbang yang lain. Lalu (berat) aku mengatasi padanya. Kemudian dihadirkan Abu Bakr RA lalu beliau diletakkan di atas satu dulang penimbang dan semua umatku didatangkan di atas satu dulang penimbang yang lain serta diletakkan mereka itu. Lalu (berat) Abu Bakr RA mengatasi. Kemudian didatangkan Umar RA lalu diletakkan di atas satu dulang penimbang dan semua umatku didatangkan di atas satu dulang penimbang yang lain serta diletakkan mereka itu. Lalu (berat) Umar RA mengatasi. Kemudian umatku diperlihatkan seorang demi seorang dan mereka mula melintas. Aku mendapati yang paling lambat ialah Abdul Rahman bin ‘Awf yang kemudian hadir setelah berputus asa. Lalu aku memanggilnya: Abdul Rahman! Lalu beliau menyahut: Ayah dan ibuku (menjadi tebusan buatmu) wahai Rasulullah! Demi Yang mengutuskanmu dengan kebenaran! Aku tidak selamat sampai kepadamu sehinggalah aku menyangka bahawa aku tidak akan dapat menemuimu lagi buat selama-lamanya melainkan setelah (selesai) perkara yang menumbuhkan uban! Baginda bertanya: Apakah perkara itu? Beliau menjawab: Kerana banyaknya hartaku, aku dihisab dan diteliti.

STATUS

Sangat munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 506, hadis nombor 2697. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر جدا) عن أبي أمامة – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله: «دخلت الجنة؛ فسمعت فيها خشفة بين يدي، فقلت: ما هذا؟ قال: بلال. قال: فمضيت؛ فإذا أكثر أهل الجنة فقراء المهاجرين وذراري المسلمين، ولم أر أحدا أقل من الأغنياء والنساء. قيل لي: أما الأغنياء؛ فهم ههنا بالباب يحاسبون ويمحصون. وأما النساء؛ فألهاهن الأحمران: الذهب والحرير. قال: ثم خرجنا من أحد أبواب الجنة الثمانية، فلما كنت عند الباب؛ أتيت بكفة فوضعت فيها، ووضعت أمتي في كفة؛ فرجحت بها، ثم أتي بأبي بكر رضي الله عنه، فوضع في كفة، وجيء بجميع أمتي في كفة فوضعوا، فرجح أبو بكر رضي الله عنه، وجيء بعمر فوضع في كفة، وجيء بجميع أمتي فوضعوا؛ فرجح عمر رضي الله عنه. وعرضت أمتي رجلا رجلا، فجعلوا يمرون، فاستبطأت عبد الرحمن بن عوف، ثم جاء بعد الإياس، فقلت: عبد الرحمن! فقال: بأبي وأمي يا رسول الله! والذي بعثك بالحق! ما خلصت إليك حتى ظننت أني لا أنظر إليك أبدا إلا بعد المشيبات! قال: وما ذاك؟ قال: من كثرة مالي؛ أحاسب وأمحص». [حم، «الضعيفة، (5346)].

(Sangat Munkar) Daripada Abu Umamah RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: Aku pernah masuk ke dalam syurga lalu mendengar bunyi satu pergerakan di hadapanku, maka aku bertanya: Siapakah ini? (Malaikat) menjawab: Bilal. Lalu Baginda bersabda: Kemudian aku berlalu dan ternyata kebanyakan ahli syurga ialah golongan fakir muhajirin dan keturunan orang-orang Islam dan aku tidak melihat sesiapa yang lebih sedikit berbanding golongan kaya dan para wanita. Kemudian dikhabarkan kepadaku: Adapun golongan kaya, mereka berada di sini, di depan pintu. Mereka dihisab dan diteliti. Adapun golongan wanita pula, mereka telah dilalaikan dengan dua merah: emas dan sutera. Baginda bersabda: Kemudian kami keluar daripada salah satu dari lapan pintu syurga. Tatkala aku berada di hadapan pintu itu, aku dihadirkan dengan dulang penimbang lalu aku diletakkan di atasnya, manakala umatku pula diletakkan di atas dulang penimbang yang lain. Lalu (berat) aku mengatasi padanya. Kemudian dihadirkan Abu Bakr RA lalu beliau diletakkan di atas satu dulang penimbang dan semua umatku didatangkan di atas satu dulang penimbang yang lain serta diletakkan mereka itu. Lalu (berat) Abu Bakr RA mengatasi. Kemudian didatangkan Umar RA lalu diletakkan di atas satu dulang penimbang dan semua umatku didatangkan di atas satu dulang penimbang yang lain serta diletakkan mereka itu. Lalu (berat) Umar RA mengatasi. Kemudian umatku diperlihatkan seorang demi seorang dan mereka mula melintas. Aku mendapati yang paling lambat ialah Abdul Rahman bin ‘Awf yang kemudian hadir setelah berputus asa. Lalu aku memanggilnya: Abdul Rahman! Lalu beliau menyahut: Ayah dan ibuku (menjadi tebusan buatmu) wahai Rasulullah! Demi Yang mengutuskanmu dengan kebenaran! Aku tidak selamat sampai kepadamu sehinggalah aku menyangka bahawa aku tidak akan dapat menemuimu lagi buat selama-lamanya melainkan setelah (selesai) perkara yang menumbuhkan uban! Baginda bertanya: Apakah perkara itu? Beliau menjawab: Kerana banyaknya hartaku, aku dihisab dan diteliti. [Riwayat Ahmad dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5346].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.