Tidaklah seorang hamba merasakan iman yang sebenarnya sehingga dia mencintai sesuatu kerana Allah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

لا يجد عبد صريح الإيمان حتى يحب لله ويبغض لله، فإذا أحب الله وأبغض لله فقد استحق الولاية من الله -عز وجل-، وإن أحبائي وأوليائي من عبادي وخلقي الذين يذكرون بذكري وأذكر بذكرهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidaklah seorang hamba merasakan iman yang sebenarnya sehingga dia mencintai sesuatu kerana Allah dan membenci sesuatu kerana Allah. Maka apabila dia mencintai kerana Allah dan membenci kerana Allah, maka dia berhak mendapatkan kewalian daripada Allah azzawajalla. Dan sesungguhnya para kekasih-Ku dan wali-Ku daripada kalangan hamba-Ku dan ciptaan-Ku yang berzikir. Mereka berzikir mengingati-Ku dan aku disebutkan dengan zikir mereka.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 529, hadis nombor 2803. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبدالله بن الجموح -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : «لا يجد عبد صريح الإيمان حتى يحب لله ويبغض لله، فإذا أحب الله وأبغض لله فقد استحق الولاية من الله – عز وجل-، وإن أحبائي وأوليائي من عبادي وخلقي الذين يذكرون بذكري وأذكر بذكرهم».
[ابن قانع، حم، عم، الضعيفة (5621)].

(Lemah) Daripada Abdullah bin al-Jamuh RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Tidaklah seorang hamba merasakan iman yang sebenarnya sehingga dia mencintai sesuatu kerana Allah dan membenci sesuatu kerana Allah. Maka apabila dia mencintai kerana Allah dan membenci kerana Allah, maka dia berhak mendapatkan kewalian daripada Allah azzawajalla. Dan sesungguhnya para kekasih-Ku dan wali-Ku daripada kalangan hamba-Ku dan ciptaan-Ku yang berzikir. Mereka berzikir mengingati-Ku dan aku disebutkan dengan zikir mereka.
[Riwayat Ibn Qāni’ dalam kitab Mu‘jam al-Ṣaḥābah, Aḥmad Ibn Ḥanbal dalam kitab Musnadnya, ‘Abdullah Ibn Aḥmad dalam kitab Zawā’id al-Musnad. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5621]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.