TEKS BAHASA ARAB
لا تكرهوا الفتنة في آخر الزمان؛ فإنها تبير المنافقين.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Janganlah kalian membenci fitnah (persengketaan) di akhir zaman, kerana sesungguhnya ia akan membinasakan para munafik.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 528, hadis nombor 2802. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منکر) عن علي -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله ﷺ: «لا تكرهوا الفتنة في آخر الزمان؛ فإنها تبير المنافقين».
[أبو الشيخ في «طبقات الأصبهانين»، أبو نعيم في «أخبار أصبهان»، فر، «الضعيفة» (5835)].
(Munkar) Daripada Ali RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Janganlah kalian membenci fitnah (persengketaan) di akhir zaman, kerana sesungguhnya ia akan membinasakan para munafik.
[Riwayat Abū al-Shaikh dalam kitab Ṭabaqāt al-Aṣbahāniyyīn, Abū Nu‘aim dalam kitabnya Akhbār Aṣbahān, al-Dailamī dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5835]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.