Tidaklah Allah SWT berikan nikmat kepada seseorang hamba berupa nikmat isteri, harta dan anak

TEKS BAHASA ARAB

ما أنعم الله عز وجل على عبد نعمة في أهل ومال. وولد فيقول: ما شاء الله لا قوة إلا بالله فيرى فيه آفة دون الموت.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidaklah Allah SWT berikan nikmat kepada seseorang hamba berupa nikmat isteri, harta dan anak, lalu dia menyebutkan: Masha Allah La Quwwah Illa Billah (Apa sahaja yang Allah ingin terjadi, Tidak ada kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah), maka tiada suatu malapetaka pun akan menimpanya kecuali kematian.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 98, hadis nombor 76. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ضعيف.
أخرجه ابن أبي الدنيا في الشكر (رقم 1) وابن السني في اليوم والليلة (359) والطبراني في الصغير (1/ 212) والبيهقي في الأسماء (161) والخطيب في التاريخ (3/ 198- 199) وابن أبي يعلى في طبقات الحنابلة (1/ 193) من طريق عمر بن يونس، ثنا عيسى بن عون الحنفي عن عبد الملك بن زرارة الأنصاري عن أنس بن مالك مرفوعاً به. وزاد الطبراني: {وَلَوْلا إِذْ دَخَلْتَ جَنَّتَكَ قُلْتَ مَا شَاءَ اللَّهُ لا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ} . قال الطبراني: لا يروى هذا الحديث عن أنس إلا بهذا الإسناد تفرد به عمر بن يونس.
قلت: وكلهم ثقات ولكن عبد الملك بن زرارة ترجمه ابن أبي حاتم في الجرح والتعديل (2/ 2/ 350) ولم يحك فيه جرحاً ولا تعديلاً فهو مجهول الحال. وقال الهيثمي في المجمع (10/ 140) : وعبد الملك بن زرارة ضعيف. وفي الميزان : قال الأزدي: لا يصح حديثه.

Dha’if (lemah). Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh Ibn Abi al-Dunya dalam al-Syukur (hadith : 1), Ibn al-Sunni dalam al-Yawm Wa al-Lailah (359), al-Tabarani dalam al-Saghir (1/212), al-Baihaqi dalam al-Asma’ (161), al-Khatib dalam al-Tarikh (3/198-199) dan Ibn Abi Ya’la dalam Tabaqat al-Hanabila (1/193) melalui sanad ‘Umar bin Yunus, katanya ‘Isan bin ‘Awn al-Hanafi telah menceritakan kepada kami daripada ‘Abd al-Malik bin Zurarah al-Ansari daripada Anas bin Malik secara marfu’ hadith tersebut. Al-Tabarani menambah ayat: "Dan kalaulah ketika kamu memasuki kebun kamu, kamu ucapkan Masha Allah La Quwwah Illa Billah". Al-Tabarani berkata: "Hadith ini tidak diriwayatkan daripada Anas melainkan dengan sanad ini. ‘Umar bin Yunus bersendirian meriwayatkannya".
Saya berkata: Kesemuanya adalah thiqah. Namun, ‘Abd al-Malik bin Zurarah, Ibn Abu Hatim telah membuat biografi beliau dalam al-Jarh Wa al-Ta’dil (2/2/350), namun beliau tidak menyebutkan sebarang kritikan mahupun pujian terhadap ‘Abd al-Malik. Oleh itu, beliau adalah perawi Majhul all-Hal (tidak diketahui statusnya). Al-Haythami berkata dalam al-Majma’ (10/140); "’Abd al-Malik bin Zurarah seorang yang dha’if". Manakala dalam al-Mizan pula al-Zahabi berkata "al-Azdi berkata: “Hadithnya tidak sahih".

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.