Elakkanlah perempuan-perempuan cantik yang mandul

TEKS BAHASA ARAB

ذروا الحسناء العقيم وعليكم بالسوداء الولود فإني مكاثر بكم الأمم حتى السقط محنطا على باب الجنة فيقال له: ادخل الجنة؟ فيقول: حتى يدخل والدي معي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Elakkanlah perempuan-perempuan cantik yang mandul dan hendaklah kamu memilih perempuan-perempuan hitam yang dapat melahirkan. Ini kerana, aku berbangga dengan bilangan kamu yang ramai. Hinggakan bayi yang gugur dalam keadaan dikafankan berada di pintu syurga. Lalu dikatakan kepadanya: Masuklah ke dalam syurga’. Dia menjawab: Tidak sehingga ayahku masuk bersamaku.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 106, hadis nombor 88. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

موضوع.
أخرجه ابن عدي في الكامل (2/780) أخبرنا أبو يعلى، وهذا في مسنده كما في فيض القدير (3/562) حدثنا عمرو بن الحصين ثنا حسان بن سياه، ثنا عاصم، عن زر، عن عبد الله، مرفوعا فذكره. قال ابن عدي: وحسان بن سياه له أحاديث غير ما ذكرته وعامتها لا يتابعه غيره عليه. والضعف يتبين على رواياته وحديثه.
قلت: وكذلك شيخ أبي يعلى فيه، وهو عمرو بن الحصين، فإنه أتلف من ابن سياه، وقد ذكرت قريبا أنه كذاب. وله شاهد من حديث معاوية بن حيدة – رضي الله عنه. أخرجه ابن حبان في المجروحين (2/111) من طريق علي بن الربيع، عن بهز بن حكيم، عن أبيه، عن جده مرفوعا: سوداء ولود خير من حسناء لاتلد، إني مكاثر بكم الأمم حتى أن السقط ليظل محنطئا على باب الجنة فيقال له ادخل الجنة فيقول: أنا وأبواي فيقال: أنت وأبواك قال ابن حبان: هذا حديث منكر لا أصل له وعلي بن الربيع يروي المناكير، فلما كثرت في روايته بطل الاحتجاج به. وأخرجه العقيلى (ق 152/2) من طريق علي بن نافع قال: حدثنا بهز بن حكيم به، وقال: علي بن نافع عن بهز بن حكيم مجهول بالنقل، وحديثه غير محفوظ قلت: كذا وقع عند العقيلي علي بن نافع ويقع لي أنه هو علي بن الربيع ولا فرق بينهما، فإما أن يكون أخطأ فيه بعض الرواة، أو نسب في إحدى التسميتين إلى جده الأعلى أو نحو ذلك.
وله شاهد من حديث علي بن أبي طالب رضي الله عنه. أخرجه ابن ماجه (1608) من طريق مندل بن علي عن الحسن بن الحكم النخعي، عن أسماء بنت عايس عن أبيها، عن علي مرفوعاً: إن السقط ليراغم ربه إذا أدخل أبويه النار. فيقال: أيها السقط المراغم ربه! أدخل أبويك الجنة، فيجرهما بسرره حتى يدخلهما الجنة قال أبو علي: يراغم ربه: يغاضب قلت: وهذا سند واه؛ مندل بن علي ضعيف، وحكى البوصيري في الزوائد الاتفاق على ضعفه، وهو غلط، فلم يتفقوا كما يظهر من مطالعة ترجمته، وإن كان ضعيفاً. والحكم بن الحسن وثقه أحمد، لكن قال ابن حبان: يخطئ كثيراً ويهم شديداً لا يعجبني الاحتجاج بخيره إذا انفرد. وأسماء بنت عايس مجهولة، لم يرو عنها سوى الحكم.
وله شاهد من حديث معاذ بن جبل – رضي الله عنه -. أخرجه ابن ماجه أيضاً (1609) من طريق يحيى بن عبيد الله عن عبيد الله بن مسلم الحضرمي عن معاذ مرفوعاً والذي نفسي بيده إن السقط ليجر أمه إلى الجنة إذا احتسبه. قال البوصيري في الزوائد : في إسناد يحيى بن عبيد الله بن موهب، اتفقوا على ضعفه . وأما قوله فإني مكاثر بكم الأمم فقد صح من وجه آخر بلفظ: تزوجوا الودود الولود فإني مكاثر بكم الأمم يوم القيامة. وقد خرجته في الانشراح في أدب النكاح (رقم 10). والحمد لله على التوفيق.

Mawdhu’ (Palsu). Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh Ibn ‘Adi dalam al-Kamil (2/780), katanya Abu Ya’la telah khabarkan kepada kami, hadith ini juga ada dalam Musnad Abu Ya’la sebagaimana dalam Faidh al-Qadir (3/563), katanya ‘Amr bin al-Husain telah menceritakan kepada kami, katanya Hassan bin Siyah, katanya ‘Asim bin Zar telah menceritakan kepada kami daripada Abd Allah secara marfu’, lalu beliau menyebutkannya. Ibn ‘Adi berkata: "Hassan bin Siyah memiliki hadith-hadith lain yang aku tidak sebutkan. Keseluruhan hadith-hadith itu tidak ada sokongan oleh perawi lain. Status dha’if beliau jelas melalui riwayat-riwayat dan hadith beliau".
Saya berkata: Demikian juga guru kepada Abu Ya’la dalam sanad ini, iaitu ‘Amr bin al-Husain, beliau lebih teruk berbanding Ibn Siyah. Saya telah menyebutkan berkenaan ‘Amr sebelum ini bahawa beliau seorang pendusta.
Hadith tersebut ada sokongan melalui hadith Mu’awiyah bin Haidah RA. Ianya telah dikeluarkan oleh Ibn Hibban dalam al-Majruhin (2/111) melalui sanad ‘Ali bin al-Rabi’ daripada Bahz bin Hakim daripada ayahnya daripada datuknya secara marfu’: "Wanita berkulit hitam yang boleh melahirkan anak lebih baik berbanding wanita cantik yang tidak dapat melahirkan anak. Sesungguhnya aku berbangga dengan bilangan kamu yang ramai. Hinggakan bayi yang keguguran akan terus dalam keadaan dikafankan di pintu syurga, lalu dikatakan kepadanya: ‘Masuklah ke dalam syurga’. Bayi itu berkata: ‘Aku dan kedua ibubapaku’. Lalu dikatakan kepadanya: ‘Ya, kamu dan kedua ibubapamu’". Ibn Hibban berkata: "Hadith ini munkar dan tidak ada asalnya. ‘Ali bin al-Rabi’ meriwayatkan hadith-hadith munkar. Apabila banyaknya hadith munkar dalam riwayat beliau, maka terbatallah kelayakan untuk berhujjah dengan riwayat beliau". Ianya juga telah dikeluarkan oleh al-‘Uqaili (hlm. 152/20 melalui sanad ‘Ali bin Nafi’, katanya Bahz bin Hakim telah menceritakan kepada kami dengan sanadnya. Al-‘Uqaili juga berkata: "’Ali bin Nafi’ daripada Bahz bin Hakim, beliau tidak dikenali dalam meriwayatkan hadith. Hadith beliau tidak mahfuz".
Saya berkata: Begitulah yang terdapat dalam riwayat al-‘Uqaili dengan sebutan ‘Ali bin Nafi’. Saya merasakan dia adalah ‘Ali bin al-Rabi’, tidak ada beza antara mereka berdua. Boleh jadi berlakunya kesilapan oleh sebahagian perawi atau dia dinasabkan kepada salah satu nama kepada datuknya yang paling atas atau seumpamanya.
Hadith tersebut juga ada sokongan melalui hadith ‘Ali bin Abi Talib RA. Ianya telah dikeluarkan oleh Ibn Majah (1608) melalui sanad Mandal bin ‘Ali daripada al-Hasan bin al-Hakam al-Nakha’ei daripada Asma’ binti ‘Ayis daripada ayahnya daripada ‘Ali secara marfu’: "Sesungguhnya bayi yang keguguran benar-benar mendesak Tuhannya apabila kedua ibubapanya dimasukkan ke nereka. Lalu dikatakan kepada bayi itu: ‘Wahai bayi keguguran yang mendesak Tuhannya! Bawalah masuk kedua ibubapamu ke dalam syurga’. Lalu dia pun mengheret kedua mereka dengan tali pusatnya hingga mereka berdua masuk syurga". Abu ‘Ali berkata: "Perkataan يراغم ربه bermaksud memarahi".
Saya berkata: Sanad ini Wahin (terlalu dha’if). Mandal bin ‘Ali seorang yang dha’if. Al-Busiri menukilkan dalam al-Zawa’id akan kesepakatan penilaian dha’if terhadap Mandal. Namun, al-Busiri tersilap, kerana mereka tidak sepakat pun sebagaimana yang jelas melalui penelitian terhadap biografi beliau, walaupun beliau seorang yang dha’if. Al-Hakam bin al-Hasan pula telah dinilai thiqah oleh Ahmad, namun Ibn Hibban berkata: "Beliau banyak melakukan kesilapan dan kekeliruan yang teruk. Saya tidak gemar berhujjah dengan hadith beliau apabila beliau bersendirian meriwayatkannya". Asma’ binti ‘Ayis pula seorang yang majhul, tidak ada sesiapapun yang meriwayatkan daripada beliau selain al-Hakam.
Hadith tersebut juga ada sokongan melalui hadith Mu’az bin Jabar RA. Ianya telah dikeluarkan oleh Ibn Majah juga (1609) melalui sanad Yahya bin ‘Abdillah daripada ‘Ubaidullah bin Muslim al-Hadhrami daripada Mu’az secara marfu’: "Demi Tuhan yang nyawaku ditanganNya! Sesungguhnya bayi yang kegugugran pasti akan mengheret ibunya ke syurga jika dia sabar". Al-Busiri berkata dalam al-Zawa’id: "Dalam sanadnya terdapat Yahya bin ‘Ubaidillah bin Mawhib, mereka sepakat menilai beliau sebagai dha’if".
Manakala, berkenaan sabda Baginda SAW: "Sesungguhnya aku berbangga dengan bilangan kamu yang ramai" telah sahih diriwayatkan melalui sanad lain dengan lafaz: "Kahwinilah wanita yang penyayang lagi mampu melahirkan anak ramai, kerana sesungguhnya aku berbangga dengan bilangan kamu yang ramai pada hari Kiamat". Saya telah membuat takhrijnya dalam al-Inshirah Fi Adab al-Nikah (hadith : 10). Segala puji bagi Allah atas petunjuk tersebut.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs