Sesiapa yang membaca: 'Tidak ada Tuhan yang layak disembah selain Allah' ketika masuk ke dalam pasar

TEKS BAHASA ARAB

من قال في السوق: لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد يحيي ويميت وهو حي لا يموت بيده الخير وهو على كل شيء قدير. كتب الله له ألف ألف حسنة ومحا عنه ألف ألف سيئة وبنى له بيتا في الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang membaca ketika masuk ke dalam pasar: ‘Tidak ada Tuhan yang layak disembah selain Allah, Dialah satu-satu-Nya, tidak ada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya lah segala kerajaan, bagi-Nya lah segala pujian. Dia Yang Menghidupkan dan Yang Mematikan. Dia Maha Hidup dan tidak mati. Pada tangan-Nya lah segala kebaikan. Dia berkuasa atas setiap sesuatu’, Allah tuliskan untuknya sejuta kebaikan dan menghapuskan daripadanya sejuta keburukan, serta membina untuknya sebuah rumah dalam syurga.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 95, hadis nombor 74. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

منكر.
أخرجه الترمذي (3429) وابن ماجه (2235) وأحمد (1/ 47) والطيالسي (ص – 4) وابن السني في اليوم والليلة (181) وابن عدي في الكامل (5/ 1785) من طريق عمرو بن دينار، قهرمان آلي الزبير، عن سالم عن ابن عمر عن عمر بن الخطاب مرفوعاً…فذكره. ورواه عن عمرو بن دينار جماعة منهم: حماد بن يزيد، ومعتمر بن سليمان، وغيرهما. وتابعهما هشام بن حسان ولكن اختلف عليه فيه: فرواه فضيل بن عياض عنه كرواية حماد بن زيد. أخرجه ابن عدي (5/ 1786) وأبو نعيم في أخبار أصبهان (2/ 180). والراوي عن فضيل عند ابن عدي هو يحيى بن طلحة اليربوعي، وقد كذبه ابن الجنيد، وقال النسائي: ليس بشيء.
ووثقه ابن حبان وقال: يُغرب. فأما تكذيب ابن الجنيد فقد خطأه الصغاني ولم يعتمده الحافظ في التقريب. فقال فيه: لين الحديث. ولست أدري هل توبع عند أبي نعيم أم لا فإن كتابه ليس معنى الآن، وكنت قد خرجت الحديث منه قديماً في أوراقي فبدأت نقل السند من عند فضيل بن عياض. وعلى كل حال، فلا نعصب الجناية برقبة يحيي بن طلحة، لوجود من هو أضعف منه. وقد خولف الفضيل بن عياض، فيه عن هشام، خالفه حفص بن غياث، فرواه عن هشام عن عبد الله بن دينار، عن ابن عمر مرفوعاً. أخرجه الحاكم (1/ 539) من طريق مسروق بن المرزبان، ثنا حفص به والمخالفة من وجهين: الأول: أنه جعل شيخ هشام فيه هو: عبد الله بن دينار. الثاني: أنه أسقط ذكر عمر فصار الحديث من مسند ابن عمر. أما الحاكم فقال: صحيح على شرط الشيخين. قلت: وهو وهم فاحش. ومسروق بن المرزبان لم يخرج لهُ أحد الشيخين أصلاً، بل ابن ماجه وحده من الستة، وقدْ تعقبه الذهبي بقوله: مسروق بن المرزبان ليس بحجة. أ. هـ‍. قلت: ومسروق وثقه ابن حبان، وقال صالح بن محمد: صدوق. وقال أبو حاتم: ليس بالقوي، يكتب حديثه. ويبدو أنه وهم في قوله: عبد الله بن دينار. على أنه توبع، ولكن ممن هو أضعف منه كما يأتي. وقد تابع هشام بن حسان على الوجه الثاني الذي فيه عبد الله بن دينار، تابعه عمران بن مسلم واختلف عنه فيه. فرواه يحيى بن سليم الطائفي، عنه، عن عبد الله بن دينار، عن ابن عمر مرفوعاً. أخرجه الحاكم (1/ 539) والعقيلي في الضعفاء (3/ 304- 305) ، وكذا ابن عدي (5/ 1745) . ويحيى بن سليم الطائفي، كان كثير الوهم في الأسانيد وقد خالفه بكير بن شهاب الدامغاني فرواه عن عمران بن مسلم عن عمرو بن دينار عن سالم عن أبيه عن فذكره. فسقط ذكر عمر. وعمر بن المغيرة قال البخاري: منكر الحديث، مجهول. ولكن تابعه أبو إسماعيل بن حكيم الخزاعي وقال: ثنا عمرو بن دينار به. أخرجه الدولابي في الكنى (1/ 129) حدثنا يزيد بن سنان، قال: ثنا أبو بشر إسماعيل الخ. إسماعيل بن حكيم الخزاعي، هو صاحب الزيادي. ترجمه ابن أبي حاتم (1/ 1/ 165) ولم يحك فيه جرحاً ولا تعديلاً. وعندي أن هذا الاضطراب هو من عمرو بن دينار. وأخرجه الطبراني في الكبير (ج 12/ رقم 13175) وعنه أبو نعيم في الحلية (8/ 280) من طريق سلم بن ميمون الخواص عن علي بن عطاء عن عبيد الله العمري عن سالم عن ابن عمر مرفوعاً فذكره. قال أبو نعيم: غريب من حديث سالم. قلت: أما سلم بن ميمون فإنه كان مع عبادته رديء الحفظ قال أبو حاتم: لا يكتب حديثه. وعلي بن عطاء لم أقف عليه الآن. وعبيد الله العمري ثقة، ولكن وقع في الحلية : عبد الله العمري المكبر فإن يكن هو فهو ضعيف وأخرجه البخاري في الكنى (ص 50) من طريق الدراوردي عن أبي عبد الله الفراء عن سالم عن أبيه، عن جده فذكره مرفوعاً بنحوه. وأبو عبد الله الفراء لم أعرفه. ثم راجعت الجرح والتعديل (4/ 2/ 401) فوجدت فيه: أبو عبد الله القزاز…قال أبي: مجهول.
وله طرق أخرى منها: ما أخرجه عبد الله بن أحمد في زوائد الزهد (214) من طريق أبي خالد الأحمر، عن مهاجر، سمعت ابن عمر فذكره مرفوعاً. قلت: وسنده ضعيف أبو خالد الأحمر واسمه سليمان بن حبان، كان في حفظه شيء، وصفه ابن عدي بأنه ممن ساء حفظه، ومهاجر هو ابن عمرو الشامي وثقه ابن حبان. وتوثيقه لين لهذه الطبقة. وأظن أن سليمان بن حبان لم يدرك مهاجراً الشامي. والله أعلم.
ثم أوقفني أخ كريم على الحديث في كتاب الدعاء للطبراني فإذا فيه: المهاجر بن حبيب وليس ابن عمر كما ذكرت، ثم تبين أن هذا خطأ أيضاً، وصوابه المهاصر بن حبيب كما في علل الدارقطني (ج 1/ ق 33/ 2) ، والمهاصر وثقه ابن حبان، وقال أبو حاتم: لا بأس به .
ومنها: ما أخرجه الخطيب في التلخيص (169/ 1) من طريق عبد الرحمن بن زيد بن أسلم عن أبيه عن ابن عمر مرفوعاً به. قلت: وهذا سند ضعيف جداً. وعبد الرحمن متروك الحديث. ولكن تابعه خارجة بن مصعب عن زيد بن أسلم. أخرجه الخطيب في التلخيص أيضاً (321/ 1) من طريق على يزيد الصدائي، عن خارجة. وعلي بن يزيد الصدائي، قال أحمد: ما كان به بأس. وقال أبو حاتم: ليس بقوي، منكر الحديث عن الثقات. أما خارجة بن مصعب فضعيف. وبالجملة، فالحديث منكر كما قال أبو حاتم، وأسانيده مضطربة جداً كما حققت. والله أعلم. وقد قال الحافظ في الفتح (11/ 206) : في سنده لين.

Munkar. Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh al-Tirmizi (3429), Ibn Majah (2235), Ahmad (1/47), al-Tayalisi (hlmn 4), Ibn al-Sunni dalam al-Yawm Wa al-Lailah (181), dan Ibn ‘Adi dalam al-Kamil (5/1785) melalui sanad ‘Amr bin Dinar Qahraman ahli keluarga al-Zubair, daripada Salim daripada Ibn ‘Umar daripada ‘Umar bin al-Khattab secara marfu’, lalu beliau menyebutkan hadith tersebut. Sekumpulan perawi telah meriwayatkannya daripada ‘Amr bin Dinar, antaranya Hammad bin Zaid, Ma’mar bin Sulayman dan lain-lain.
Hisham bin Hasaan telah menyokong riwayat mereka berdua (Hammad dan Ma’mar). Namun, berlaku perbezaan riwayat pada Hisham. Fudhail bin ‘Iyyadh telah meriwayatkan daripada Hisham sebagaimana riwayat Hammad bin Zaid. Ianya telah dikeluarkan oleh Ibn ‘Adi (5/1786), dan Abu Nu’aim dalam Akhbar Asbahan (2/180). Perawi yang meriwayatkan daripada Fudhail menurut riwayat Ibn ‘Adi adalah Yahya bin Talhah al-Yarbu’ei. Ibn al-Junaid telah menilai beliau sebagai pendusta. Al-Nasa’ei pula berkata: "Beliau tidak ada nilai".
Ibn Hibban pula menilainya thiqah seraya berkata: "meriwayatkan riwayat yang gharib". Adapun penilaian sebagai pendusta oleh Ibn al-Junaid telah dianggap sebagai satu kesilapan oleh al-Saghani dan al-Hafiz juga tidak berpegang dengannya dalam al-Taqrib, kerana itu beliau berkata berkenaan Yahya bin Talhah: "Layyin al-Hadith" (Seorang yang lemah hadithnya). Saya tidak tahu samada Yahya disokong oleh perawi lain dalam riwayat Abu Nu’aim atau tidak, kerana kitab beliau tidak ada bersama saya sekarang. Saya telah melakukan takhrij hadith tersebut daripada Abu Nu’aim sejak lama dahulu dalam lembaran-lembaran kertas saya, lalu saya memulakan dengan menukilkan sanad tersebut melalui sisi Fudhail bin ‘Iyyadh (tanpa disebutkan perawi yang meriwayatkan daripada beliau).
Apa pun, janganlah kita meletakkan kesalahan pada Yahya bin Talhah semata kerana ada lagi perawi yang lebih lemah berbanding beliau. Telah berlaku perbezaan riwayat bagi al-Fudhayl bin ‘Iyyadh melalui Hishahm. Hafs bin Ghiyath telah meriwayatkan berbeza dengan al-Fudhail. Hafs telah meriwayatkannya daripada Hisham daripada ‘Abd Allah bin Dinar daripada Ibn ‘Umar secara marfu’. Ianya telah dikeluarkan oleh al-Hakim (1/539) melalui sanad Masruq abin al-Marzaban, katanya Hafs telah menceritakan kepada kami dengan sanadnya. Percanggahan tersebut melalui dua sudut;
Pertama: Beliau menjadikan guru kepada Hisham dalam sanad tersebut adalah ‘Abd Allah bin Dinar.
Kedua: Beliau tidak menyebutkan ‘Umar, menyebabkan hadith tersebut adalah melalui Musnad Ibn ‘Umar. Ada pun al-Hakim, beliau berkata: "Sahih berdasarkan syarat al-Bukhari dan Muslim".
Saya berkata: Ianya suatu kekeliruan yang teruk. Masruq bin al-Marzaban tidak pernah dikeluarkan langsung hadithnya oleh al-Bukhari mahupun Muslim. Bahkan, hanya Ibn Majah seorang sahaja dalam kalangan penulis yang enam. Al-Zahabi telah memberikan komentar terhadap al-Hakim dengan katanya: "Masruq bin al-Marzaban bukan hujjah". Saya berkata: Masruq telah dinilai thiqah oleh Ibn Hibban. Soleh bin Muhammad pula berkata: "Saduq". Abu Hatim berkata: "Beliau tidak kuat, boleh ditulis hadithnya". Jelasnya bahawa berlaku kekeliruan pada kata beliau: "Abd Allah bin Dinar". Sekalipun ianya disokong oleh riwayat lain, namun riwayat yang menjadi penyokong tersebut lebih dha’if berbandingnya sebagaimana yang akan disebutkann. Hisham bin Hassan telah disokong riwayat beliau bagi sudut kedua yang beliau sebutkan Abd Allah bin Dinar dalam sanad tersebut. Beliau disokong oleh ‘Imran bin Muslim.
Namun, perbezaan riwayat turut berlaku berdasarkan riwayat daripada ‘Imran bagi sanad tersebut. Yahya bin Sulaym al-Ta’ifi telah meriwayatkan daripada ‘Imran daripada Abd Allah bin Dinar daripada Ibn ‘Umar secara marfu’. Ianya telah dikeluarkan oleh al-Hakim (1/539), al-‘Uqaili dalam al-Dhu’afa’ (3/304-305), begitu juga Ibn ‘Adi (5/1745). Yahya bin Sulaym al-Ta’ifi seorang yang banyak terkeliru dalam sanad-sanad hadith. Bukair bin Shihab al-Damighani telah meriwayatkan berbeza dengan Yahya bin Sulaym. Bukair meriwayatkannya daripada ‘Imran bin Muslim daripada ‘Amr bin Dinar daripada Salim daripada ayahnya, lalu beliau menyebutkan hadith tersebut. Beliau tidak menyebutkan ‘Umar. ‘Umar bin al-Mughirah, al-Bukhari berkata berkenaan beliau: "Munkar al-Hadith, Majhul". Namun, beliau telah disokong oleh Abu Isma’im bin Hakim al-Khuza’ei, katanya ‘Amr bin Dinar telah menceritakan kepada kami dengan sanad beliau. Al-Dawlabi telah mengeluarkannya dalam al-Kuna (1/129), katanya Yazid bin Sinan telah menceritakan kepada kami, katanya Abu Bishr Isma’il telah menceritakan kepada kami…hingga akhir. Isma’il bin Hakim al-Khuza’ei, sahib al-Ziyadi. Ibn Abi Hatim telah membuat biografi Isma’il (1/1/165) namun beliau tidak menyebutkan sebarang kritikan mahupun pujian terhadap Isma’il.
Bagi saya, ketidaktetapan ini adalah berpunca daripada ‘Amr bin Dinar. Al-Tabarani turut mengeluarkannya dalam al-Kabir (juz 12/hadith : 13175), juga oleh Abu Nu’aim dalam al-Hilyah (8/280) daripada al-Tabarani melalui sanad Salm bin Maimun al-Khawwas daripada ‘Ali bin ‘Ata’ daripada ‘Ubaidullah al-‘Umari daripada Salim daripada Ibn ‘Umar secara marfu’, lalu beliau menyebutkan hadith tersebut. Abu Nu’aim berkata: "Gharib melalui hadith Salim". Saya berkata: Adapun Salm bin Maimun, sekalipun beeliau kuat ibadahnya namun buruk hafalannya. Abu Hatim berkata: "Tidak boleh ditulis hadithnya". ‘Ali bin ‘Ata’ pula saya tidak menemui maklumat tentang beliau hingga sekarang. ‘Ubaidullah al-‘Umari pula seorang yang thiqah. Namun, tersebut dalam al-Hilyah: "Abd Allah al-‘Umari" al-Mukabbar, sekiranya perawi itu adalah beliau, maka beliau seorang yang dha’if. Al-Bukhari juga telah mengeluarkannya dalam al-Kuna (hlmn 50) melalui sanad al-Durawardi daripada Abu ‘Abdillah al-Farra’ daripada Salim daripada ayahnya daripada datuknya, lalu beliau menyebutkannya secara marfu’ dengan lafaz hampir sama. Abu ‘Aabdillah al-Farra’ tidak saya kenali. Kemudian saya merujuk al-Jarh Wa al-Ta’dil (4/2/401), lalu saya menyebut di dalamnya: "Abu ‘Abdillah al-Qazzaz….ayah saya berkata: ‘Majhul’".
Hadith tersebut juga mempunyai beberapa sanad yang lain, antaranya adalah hadith yang dikeluarkan oleh Abd Allah bin Ahmad dalam Zawaid al-Zuhd (214) melalui sanad Abu Khalid al-Ahmar daripada Muhajir, katanya saya telah mendengar Ibn ‘Umar, lalu beliau menyebutkan hadith tersebut secara marfu’. Saya berkata: Sanadnya dha’if, Abu Khalid al-Ahmar, nama beliau adalah Sulayman bin Hibban. Pada hafalan beliau ada suatu masalah. Ibn ‘Adi menyifatkan beliau sebagai perawi yang buruk hafalannya. Muhajir adalah Ibn ‘Amr al-Shami, beliau telah dinilai thiqah oleh Ibn Hibban. Namun, penilaian thiqah beliau adalah lemah bagi perawi peringkat ini. Saya merasakan bahawa Sulayman bin Hibban tidak sempat bertemu Muhajir al-Shami. Wallahua’lam.
Seorang saudara yang mulia telah menunjukkan saya hadith tersebut dalam kitab al-Du’a oleh al-Tabarani, dalamnya menyebutkan: "al-Muhajir bin Habib dan bukannya Muhajir Ibn ‘Umar sebagaimana telah saya sebutkan. Ternyata ini juga satu kesilapan, sebetulnya adalah al-Muhasir bin Habib sebagaimana dalam ‘Ilal al-Daraqutni (juz 1/hlm. 33/2), al-Muhasir telah dinilai thiqah oleh Ibn Hibban dan Abu Hatim berkata: "Beliau tidak ada masalah".
Antaranya lagi riwayat yang telah dikeluarkan oleh al-Khatib dalam al-Talkhis (1/169) melalui sanad ‘Abd al-Rahman bin Zaid bin Aslam daripada ayahnya daripada Ibn ‘Umar secara marfu’ hadith tersebut. Saya berkata: Ini adalah sanad yang sangat dha’if, ‘Abd al-Rahman seorang Matruk al-Hadith. Namun, beliau telah disokong oleh Kharijah bin Mus’ab daripada Zaid bin Aslam. Ianya telah dikeluarkan oleh al-Khatib juga dalam al-Talkhis (1/321) melalui sanad ‘Ali bin Yazid al-Suda’ei daripada Kharijah. ‘Ali bin Yazid al-Suda’ei, Ahmad berkata berkenaannya: "Beliau tidak ada masalah". Abu Hatim pula berkata: "Beliau tidak kuat, meriwayatkan hadith munkar daripada perawi-perawi thiqah". Adapun Kharijah bin Mus’ab, beliau seorang yang dha’if.
Kesimpulannya, hadith tersebut adalah munkar sebagaimana disebutkan oleh Abu Hatim. Sanad-sanadnya sangat tidak kuat sebagaimana yang saya telah teliti. Wallahua’lam. Al-Hafiz telah berkata dalam al-Fath (11/206): "Dalam sanadnya ada kelemahan".

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.